Spurs Perlu Bayar RM228 Juta Jika Pecat Mourinho, The Special Bakal Kumpul RM1.05 Billion Pampasan Pemecatan

Jose Mourinho ada satu simptom yang dipanggil simptom musim ketiga. Di mana beliau kerap dipecat pada musim ketiga bersama dengan sesebuah pasukan.

Selain daripada simptom tersebut Mourinho juga memiliki rekod mendapat pampasan paling tinggi dalam kariernya hanya kerana dipecat.

Mourinho kini mendapat tekanan yang hebat di Spurs. Malah sudah ramai peminat Spurs mahukan pengurus Portugis itu dipecat kerana prestasi tak keruan pasukan beliau ketika ini.

Spurs kini berada masih berada di luar tangga keempat dalam carta liga. Terbaru Daily Mail melaporkan bahawa Mourinho perlu membantu Spurs menamatkan saingan dalam kelompok 4 teratas dan mara ke UCL musim hadapan.

Jika tidak, Mourinho akan dipecat walaupun dia membantu Spurs menamatkan kemarau piala dengan menjulang Piala Carabao bulan hadapan.

Spurs tersingkir dari UEL di tangan Zagreb. Spurs membawa bekalan kemenangan 2-0 daripada perlawanan pertama.

Malangnya pada perlawanan kedua Spurs terkulai 3-0 di tangan Zagreb dengan hatrik oleh Mislav Orsic. Jadi satu jalan ke UCL musim hadapan sudah pun hilang.

Adakah Spurs akan memecat Mourinho jika berterusan menunjukkan prestasi yang kurang meyakinkan? Mourinho musim ini sudah mendapat pemain yang beliau suka.

Ini termasuk mendapatkan Sergio Reguilon dan kepulangan semula Gareth Bale. Matt Law melaporkan bahawa masa depan Mourinho di Spurs masih selamat walaupun dia gagal membantu kelab itu ke UCL musim hadapan ataupun gagal menjulang Piala Carabao.

Ini kerana pampasan untuk penamatan kontrak pengurus itu sangat tinggi.

The Athletic melaporkan bahawa, jika Tottenham Hotspur memecat Jose Mourinho, mereka perlu membayar pampasan Β£40 juta iaitu sekitar RM228 juta.

Mourinho menandatangani kontrak dengan Spurs pada akhir November dan hanya akan berakhir pada akhir musim 2022/2023.

Gaji tahunan Mourinho di Spurs adalah Β£15.2 juta. Menjadikan beliau kekal sebagai antara pengurus dengan gaji tertinggi di dunia.

Sepanjang kariernya Mourinho sudah mengumpul wang pampasan yang tinggi daripada pemecatan.

Rekod pampasan Mourinho

Jose Mourinho dilantik oleh Spurs menggantikan Mauricio Pachettino yang telah dipecat secara mengejut walaupun sebelum itu membawa Spurs ke final UCL.

Mourinho ketika itu tidak berjawatan selepas dipecay Manchester United. Berikut adalah relodΒ pampasan yang dinikmati selepas dipecat?

Chelsea – 2004

Pada tahun 2004, Jose Mourinho mula memperkenalkan dirinya di Premier League bersama Chelsea dan melaungkan bahawa beliau adalah β€˜The Special One’

Menurut laporan CNN gaji tahunan Mourinho pada ketika itu adalah Β£5 juta (+-RM25 juta nilai sekarang) setahun. Namun jodoh beliau bersama Chelsea tidak lama.

Selepas mengecap pelbagai kegemilangan dan membawa Chelsea di mata dunia, pada tahun ke-3 Mourinho mula tidak sebulu dengan Roman Abramovich dan mengambil jalan perpisahan.

Selepas 10 tahun pemecatan beliau, James Whaling dari The Mirror mendedahkan Chelsea telah membayar pampasan sebanyak Β£23.1 juta kepada Mourinho dan tim kejurulatihan beliau.

Trofi

Premier League: 2004–05, 2005–06
FA Cup: 2006–07
Football League Cup: 2004–05, 2006–07
FA Community Shield: 2005

Inter Milan – 2008

Pada tahun 2008 Mourinho meneruskan kerjayanya bersama Inter Milan menggantikan Roberto Mancinic dan selama dua tahun Mourinho telah meraih pelbagai kejayaan.

Mourinho membawa Inter Milan meraih treble pada musim 2009/10 dengan menjurai Serie A, Coppa Italia dan UEFA Champions League kejayaan ini menarik minat Real Madrid.

Di Inter Milan Mourinho menerima gaji Β£8.3 juta setahun dan menjadi manusia paling tinggi menerima bayaran dalam sejarah bola sepak.

Trofi

Serie A: 2008–09, 2009–10
Coppa Italia: 2009–10
Supercoppa Italiana: 2008
UEFA Champions League: 2009–10

Real Madrid – 2010

Pada May 2010, Mourinho telah dilantik sebagai pengurus Real Madrid dengan kontrak selama 4 tahun menggantikan Manuel Pellegrini dan menjadi pengurus ke-11 Real Madrid dalam tempo 7 tahun.

Pada 2013 selepas setahun diberikan lanjutan kontrak sehingga 2016 Mourinho meninggalkan Los Blancos dengan β€˜mutual agreement’ atau secara suka sama suka dan tidak melibatkan pampasan.

Kalau dapat pampasan sedap ni ada 3 tahun lagi kontrak.

Trofi

La Liga: 2011–12
Copa del Rey: 2010–11
Supercopa de EspaΓ±a: 2012

Kembali Ke Chelsea – 2013

Mourinho membuat kepulangan mengejut ke Chelsea buat kali kedua dengan kontrak selama 4 tahun dan kali ini menurut laporan The Guardian, Mourinho menerima gaji sebanyak Β£8.5 juta setahun.

The Special One masih tidak hilang sentuhannya dan membawa Chelsea kembali bergelar juara Premier League pda musim 2014/15 namun 7 bulan selepas itu beliau dipecat.

Dari pemecatan ini, Mourinho dilaporkan menerima pampasan sebanyak Β£8.3 juta sahaja dan sekali bayar.

Trofi

Premier League: 2014–15
Football League Cup: 2014–15

Manchester United – 2016

Satu keputusan yang amat mengejutkan apabila Jose Mourinho menerima tawaran Manchester United bagi menggantikan Louis Van Gaal yang meneruskan kesenduan ke Old Trafford.

USA Today melaporkan bahawa Jose Mourinho menerima bayaran sebanyak Β£12 juta setahun daripada Setan Merah dan ini tidak termasuk dengan pendapatan diperoleh dari penajaan.

Namun seperti biasa, Mourinho akan membawa perangai pada tahun ketiga dan sekali lagi dipecat dan meraih ganti rugi paling lumayan Β£19.6 juta sahaja.

Trofi

EFL Cup: 2016–17
FA Community Shield: 2016
UEFA Europa League: 2016–17

Tottenham Hotspur – 2019

Gaji yang diterima oleh Mourinho yang menggantikan Pochettino tidaklah banyak mana pun hanya 2 kali ganda daripada apa yang diterima oleh Pochettino dengan gaji Β£15 juta setahun.

Dengan kontrak hanya 3 tahun agak sukar untuk Mourinho meraih pampasan yang tinggi jika dipecat dan perlu membuat perangai lebih awal jika mahu menikmati pampasan.

Berapa Gaji dan Pampasan Diterima Mourinho dari 2004 – 2020?

Ini adalah gaji dan pampasan yang diterima Mourinho dari tahun 2004 sehingga 2020

Chelsea

2004 – Β£5 juta
2005 – Β£5 juta
2006 – Β£5 juta
2007 – Β£23.1 juta (Pampasan)

Inter Milan

2008 – Β£8.3 juta
2009 – Β£8.3 juta

Real Madrid

2010 – Β£12.6 juta
2011 – Β£12.6 juta
2012 – Β£12.6 juta

Chelsea

2013 – Β£8.5 juta
2014 – Β£8.5 juta
2015 – Β£8.3 juta (Pampasan)

Manchester United

2016 – Β£12 juta
2017 – Β£12 juta
2018 – Β£12 juta
2019 – Β£19.6 juta (Pampasan)

Tottenham Hotspur

2020 – Β£15 juta

Secara pukalnya jumlah gaji yang diterima Mourinho dari tahun 2004 hingga 2020 adalah sebanyak Β£147.4 juta, ataupun kira-kira RM791.06 juta je.

Manakala jumlah pampasan yang diterima dalam tempoh 10 tahun terakhir ini Β£51 juta bersamaan RM273.71 juta.

Jumlah pendapatan Mourinho dari tahun 2004 hingga 2020 adalah sebanyak Β£198.4 juta atau RM1.064 bilion sahaja.

Jika Spurs memecat Mourinho sebelum kontraknya berakhir, Mourinho akan mengumpul jumlah pampasan pemecatan sebanyak Β£187.4 juta secara terkumpul. Itu kira kira RM1.05 billion.

Ya jumlah pampasan pemecatannya hampir sama dengan jumlah pendapatannya dari 2004-2020.

Mungkin sebab itulah Spurs sebelum ini memberikan jaminan kepada masa depan Mourinho.

Spurs terjejas teruk kerana wabak yang melanda. Kerana stadium baharu mereka tidak dapat menjana pendapatan secara optimum.

Lagipun sebelum ini Spurs terpaksa membuat pinjaman kerajaan untuk membantu kewangan mereka yang terjejas kerana wabak.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.