Sri Pahang Umum Lokman Bah Din, Peminat Teruja!

Peminat Sri Pahang teruja dengan pengumuman pemain baharu Lokman Bah Din.

Bukan kerana dia adalah pemain bintang, tetapi kerana latar belakangnya yang merupakan daripada keturunan orang Asli di Pahang.

Selain itu, pemain muda tersebut turut pernah terlibat di dalam projek pembangunan FAM-MSN pada musim 2022.

Jadi, peminat Sri Pahang mengucapkan selamat maju jaya buat Lokman Bah Din.

Sri Pahang dalam kenyataan rasminya menulis:

“Sri Pahang FC berbesar hati mengumumkan penyerang muda berusia 20 tahun, Lokman Bah Din sebagai rekrut terbaru di dalam skuad.”

“Lokman antara pemain Orang Asal berbakat besar dari Kampung Simoi Baru, Pos Betau pernah bersama skuad Piala Belia Pahang sebelum menimba pengalaman bersama skuad Projek FAM-MSN pada tahun lalu.”

“Selamat berbakti Lokman kepada negeri kelahiran, hogoh tok gajah hogoh!”

Ramai juga memuji Sri Pahang yang akhirnya memberikan tumpuan kepada pemain pemain asal Orang Asli. Dan berharap pengurusan Sri Pahang akan berterusan mencari bakat baharu dari kalangan mereka dan membangunkannya.

Selain daripada Lokman Bah Din, Sri Pahang turut mengumumkan seorang lagi pemain muda berusia 20 tahun iaitu Aqil Azrazi,

Aqil merupakan bakat yang pernah beraksi untuk AS Cannes di Perancis dan kemudian bermain untuk skuad B-19 SK Karagumruk di Turki.

Jadi agak menarik untuk melihat potensi pemain muda ini.

Sri Pahang benar benar aktif dalam usaha memperkuatkan pasukan mereka bagi menghadapi kempen musim 2023.

Sebelum ini mereka sudah mendapatkan pemain JDT Azrif Nasrsruhaq, Izham Tarmizi, Fadli Shas dan Syazwan Andik secara pinjaman.

Baca yang lain