Statistik Menunjukkan Trent Alexander Arnold Terus Cemerlang Dalam Peranan ‘Hibrid’

Sejak berubah peranan kepada peranan hibrid — fullback + central midfielder, peranan yang turut digelar false fullback ataupun inverted fullback, pemain England, Trent Alexander Arnold terus cemerlang.

Apa itu false Fullback?

Ianya peranan di mana pemain bek sisi akan menjadi pemain central mid/ pivot pada fasa serangan.

Peranan Trent kali ini sangat advance berbanding dengan false fullback lain. Kerana dia turut bertindak sebagai playmaker di dalam sistem ini.

Terus cemerlang

Dalam aksi berdepan Leicester, pemain itu sekali lagi mencetak gol dan menjadi pemain terbaik perlawanan.

Trent mencatatkan beberapa statistik mengagumkan selepas modifikasi pada perananannya di atas padang.

Sejak berubah peranan tersebut, dia kini menjadi pemain paling banyak sentuhan, paling banyak hantaran ke sepertiga akhir padang.

Seterusnya, Trent Alexander Arnold turut menjadi pemain paling banyak memenangi bola, melakukan hantaran lolos dan paling banyak assist.

Arnold benar benar menikmati peranan tersebut.

Dia menjadi antara sebab Liverpool banyak menutup kelemahan mereka di barisan tengah. Masalah yang mereka hadapi sepanjang musim ini. Kerana isu kecederaan dan juga kecergasan pemain di posisi tengah.

Liverpool menang 3-0 di Leicester dalam usaha mereka terus cuba mengejar 4 teratas.

Curtis Jones menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini. Manakala Trent Alexander Arnold mencetak gol menerusi sepakan percuma luar biasa.

Trent menerima ‘set-up’ daripada Mo Salah dan melencongkannya dengan sempurna.

Kemenangan itu meletakkan Liverpool 1 mata di belakang Man United yang berada di tangga keempat, dan Newcastle di tangga ketiga.

Namun Man United dan Newcastle memiliki 1 perlawanan kurang daripada Liverpool.

Prestasi Liverpool pada ketika ini sekurang kurangnya membantu mereka untuk berada di 5 teratas, tempat ke Liga Europa musim akan datang.

Berbanding dengan kedudukan di luar UECL sekalipun sebelum ini.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi