Statistik Partey Yang Luar Biasa Dominan Di Tengah

Thomas Partey menunjukkan kepada beliau menjadi pemain yang menjadi rebutan banyak kelab.

Partey menyertai Arsenal pada perpindahan yang lalu dari Atletico Madrid.

Dan beliau sudah terus menjadi pemain utama pasukan bimbingan Mikel Arteta. Partey sekali lagi menjadi perhatian dengan aksi cemerlangnya bersama dengan Arsenal.

Di mana beliau menunjukkan prestasi masterclass dalam kunjungan Arsenal ke Old Trafford.

Secara statistiknya, Thomas Partey melakukan hantarn tepat di final third yang paling banyak.

Beliau juga menjadi pemain yang paling banyak memenangi bola sepanjang perlawanan.

Bukan itu sahaja, kelicikan Partey jelas terbukti apabila beliau melakukan 3 take ons yang berjaya dalam perlawanan ini. Juga angka tertinggi yang dicatatkan.

Thomas Partey sangat dominan di tengah. Membuatkan pemain lawan tenggelam kerana kekuasaanya.

Partey pemain yantg paling banyak sentuhan ke atas bola dan juga paling tinggi memenangi bola.

Selain daripada itu, Partey melakukan 6 bentesan dan pintasan ketika aksi bertahan.

Partey membantu Arsenal menamatkan kemarau tanpa kemenangan di Old Trafford sejak 2006. 14 tahun lamanya Arsenal tidak menang di Old Trafford.

Gol kemenangan Arsenal dalam aksi semalam adalah menerusi penalti kapten mereka Pierre Emerick Aubameyang.

Thoma Partey jelas sekali menaikkan lagi kualiti Arsenal di bahagian tengah.

 

 

 

Baca yang lain