Stimac: “Ilmu Bola Sepak Di India Sangat Rendah, Peminat Kritik Benda Yang Mereka Tak Faham”

Selepas kemenangan menentang Afghanistan meletakkan mereka di puncak kelayakan Piala Asia, jurulatih asal Croatia itu tidak bagi peluang kepada penyokong India.

Di mana jurulatih pasukan kebangsaan India Igor Stimac telah mengkritik penyokong negara itu sendiri, mendakwa bahawa kritikan peminat ke atas taktiknya menunjukkan bahawa mereka “tak tahu apa apa tentang taktikal bola sepak”.

Stimac membimbing pasukannya meraih kemenangan terakhir menentang Afghanistan dalam kelayakan Piala Asia hujung minggu ini, sekaligus mencerahkan peluang mereka mara ke kejohanan tahun depan.

Stimac nampaknya semakin kecewa dengan peminat yang merasakan pendekatannya terhadap permainan terlalu berhati-hati. Mereka menuduh India bermain taktikal bacul dan tak berani menyerang membuatkan bola sepak menjadi membosankan.

Seterusnya peminat mengkritik Stimac yang dikatakan tidak meluaskan lagi penggunaan bakat di negara tersebut. Stimac dituduh suka menggunakan muka yang sama walaupun mereka tidak bermain bagus.

Stimac kemudian membidas bahawa, dalam bola sepak perlu ada kesabaran untuk pasukan dalam usaha mereka melaksanakan ideanya. Dia menejaskan, dia bukan tak nak bermain dengan corak seperti tiki taka, tetapi ianya memerlukan masa untuk diserapkan ke dalam pasukan.

Stimac yang merupakan bekas pengendali pasukan kebangsaan Crotia berkata: “Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya semakin penat untuk menjelaskan kepada semua orang bahawa bola sepak yang bagus tidak datang dalam sekelip mata,” kata pengurus itu dalam sidang akhbar.

“Ia adalah satu proses yang akan mengambil masa.”

“Kita mempunyai anak muda yang boleh membanggakan kita tetapi kita semua mesti bersabar. Kita perlu menjalankan proses kerja dalam bola sepak adalah proses yang panjang.”

“Pengetahuan bola sepak di India sangat rendah. Anda tidak boleh mengkritik perkara yang anda tidak faham. Saya hanya meminta kesabaran daripada peminat, tidak ada yang lain.”

Adakah pengurusan Stimac diterima di India?

Stimac mendapat tugas itu pada 2019. Stimac telah menjadi jurulatih yang kerap dikritik dan pada masa yang sama memiliki ramai penyokongnya.

Dia sudah pun merasai piala, membawa Harimau Biru merampas kembali mahkota Kejuaraan SAFF tahun lalu selepas sebelum ini terlepas piala tersebut ketika bawah jurulatih sebelumnya iaitu Stephen Constantine pada 2018.

Pendekatan taktikalnya mendapat kecaman kerana berorientasi  bertahan, ketika peminat merayu agar dia memberikan peluang kepada lebih banyak bakat menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia dengan  mereka yang terbaik akan terus bersama dengan pasukan.

Baca yang lain