Stinkface: Gerakan Ngeri Yang Membawa Rikishi Ke Hall Of Fame

Salah satu perkara yang sukar menjadi legasi dalam WWE adalah gerakan stinkface. Ianya dicetuskan oleh penggusti legenda Rikishi.

Stinkface antara gerakan popular pada attitude era.

Gerakan ini juga yang membuatkan Rikishi mahsyur sehingga berada di WWE Hall of Fame.

Gerakan ini dilakukan Rikisgi dengan menggosok punggungnya dekat muka lawanya lawan yang terbaring di sudut gelanggang. Ia dilakukan untuk mengaibkan lawan.

Mereka akan melakukannya sehingga pengadil mengarahkan berhenti kerana lawan mereka sukar bernafas.

Paling teruk, Rikishi mengakui ada beberapa kali terkentut pada muka lawannya. Ahh sudah..

Penggusti dengan berat 181kg itu memperagakan aksi itu pertama kali pada Februari 2000 di Mobile, Alabama. Big Bossman merupakan mangsa pertamanya.

Antara penggusti popular yang pernah ditimpa punggung Rikishi dengan stinkface termasuk sepupunya, The Rock.

Nama besar lain yang pernah terkena ialah Kurt Angle, John Cena, The Rock, Stone Cold Steve Austin, Vince dan Stephanie McMahon, Trish tak lupa, pemain besbol legenda Pete Rose.

Rikishi mengakui dia pernah kentut di wajah Road Dogg, Trish Stratus, Booker T, Tri Wilson, Mike Fox, Eddie Guerrero, B2, William Regal, Stephanie Mcmahon, Lance Storm, Eric Bischoff, Teddy Long, dan Vince Mcmahon. Dia mendakwa bahawa kentut paling ‘luar biasa’ adalah pada muka Road Dogg.

Booker T pernah mendedahkan Rikishi memang kuat kentut. Di mana ketika Booker T berada di bilik persalinan dan kamar mandi di belakang stage. Dia selalu mendengar Rikishi kentut tak berhenti.

Sehinggakan Booker T mengesyaki Rikishi kentut sebagai satu ritual. Maka tak hairanlah kalau dia terkentut dengan kerap ketika bergusti sekalipun termasuk ketika melakukan Stinkface.

Rikishi menyatakan, sebelum melakukan Stinkface, beliau akan meminta kebenaran daripada McMahon dan lawannya.

Namun ada juga lawannya yang meminta mereka di-stinkface, kerana tahu ia salah satu cara ‘menjual’ rating. Dan pada masa yang sama mahu memberikan penghormatan kepada Rikishi.

Memang la penghormatan. Tetapi silap haribulan hilang kehormatan terkena angin tu.

Beberapa penggusti lain juga pernah menggunakan stinkface ini. Antaranya Big Show, Cody Rhodes dan Tripple H.

Big Show mencatatkan rekod stinkface paling lama pada 2011, dengan duduk di muka Cody Rhodes hampir dua minit.

Laman What Culture menyenaraikan Stinkface adalah salah satu legasi pelik ditinggalkan Rikishi kepada WWE dan sukar untuk ia digunakan lebih meluas kerana tak ramai yang setuju terkena gerakan ini.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.