Syarikat Ini Keluarkan Spray Sanitizer Ala Spiderman, Ini Yang Kita Semua Mahukan

Pada hari ini cecair pembunuh kuman ataupun sanitizer telah menjadi satu keperluan dalam usaha manusia di dunia mencegah pandemik.

Lalu sebuah syarikat telah mencipta satu inovasi untuk membolehkan manusia membawa sanitizer ke mana sahaja di tangan mereka.

Idea itu memang agak menarik dan di luar kotak serta sangat responsif kepada keperluan semasa manusia.

Inovasi itu disebut sebagai PumPix, di mana selepas ini para penggunanya hanya perlu memakai gelang khas.

Ketika hendak menggunakannya, pengguna hanya perlu menekan untuk mengeluarkan semburan sanitizer ke arah tangan.

Ianya memang mirip kepada aksi Spiderman mengeluarkan cecair dari tangannya untuk membuat pukat.

PumPiX menyatakan produk mereka ini akan membuatkan para pengguna terasa seperti ala adiwira Marvel tersebut ketika mengeluarkan sanitizer menggunakan penyembur / dispenser.

Ianya boleh dilakukan di mana sahaja. Termasuk ketika membuka pintu yang kerap kita lakukan.

Ada banyak tempat yang tidak ada sanitizer seperti di kawasan pejalan kaki yang sibuk.

PumPix memberikan penjelasan kepada produk mereka:

“Pada masa masa yang rumit dan penuh kekeliruan, pensanitasian boleh dilakukan dengan semudah yang mungkin. Sanitasi 101 melibatkan tangan yang bersih.”

“Penyembur sanitizer, PumPix hadir dengan rekaan yang gelang tangan yang bergaya. Selain daripada selesa dipakai, ianya juga ringan dan mudah dipakai.”

“Produk in sangat mampu milik dan senang digunakan pada tangan anda, termasuk di kawasan yang melibatkan sentuhan yang banyak di tempat awam dan rumah anda.”

“Selepas kamu mengisi gadget ini dengan cecair pembasmi kuman di bekasnya, PumPix boleh digunakan sehingga 100 kali pam.”

Produk ini nampak menarik dan praktikal. Ada la tu Lazada dan Shopee jual tu nanti.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari