Szoboszalai Beritahu Leipzig Dia Mahu Beli Kontraknya Hari Ini Untuk Sertai Liverpool

Jurgen Klopp dilaporkan dalam proses untuk menandatangani Dominik Szoboszlai.

Di mana pada hari ini klausa pelepasan pemain itu teraktif.

Pemain tersebut juga setuju untuk ‘membeli’ klausa pelepasan daripada kelabnya. Dengan Liverpool setuju membayar angka tersebut kepada Leipzig.

Ini untuk membolehkan pemain itu menyertai Liverpool serta merta.

Pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano melabel perpindahan itu sebagai ‘Here We Go’ yang bermakna ianya hampir dimeterai.

Klausa pelepasan itu bernilai £60 juta. Leipzig sebenarnya tidak mahu menjual pemain itu. Namun tiada apa yang mereka boleh lakukan memandangkan pemain itu sudah ada klausa pelepasan.

Szoboszlai sendiri sudah menyatakan dia mahu menyertai skuad Jurgen Klopp di Liverpool.

Pemain yang bermain di posisi no.10 itu merupakan sasaran penting Jurgen Klopp dalam memperkuatkan semula barisan tengah pasukan itu.

Sebelum ini Liverpool melengkapkan perpindahan Alexis Mac Allister dari Brighton

Szoboszlai pemain bermain di posisi no.10 dan no.8. Namun pada masa yang sama dia akan menjadi sandaran kepada Mohamed Salah untuk posisi sayap kanan.

Perananannya mungkin dirasakan penting memandangkan Liverpool sudah kehilangan Roberto Firmino yang boleh bermain di mana sahaja di posisi serangan The Reds.

Pemain tersebut bermain 31 kali musim lalu dalam Bundesliga. Dan 28 daripadanya sebagai pemain kesebelasan utama. Hanya 3 sahaja sebagai pemain gantian.

Membuktikan dia adalah antara pemain paling fit di Eropah musim lalu.

Dari segi sumbangan gol, Szoboszlai terlibat dalam 14 gol dengan 6 jaringan gol dan 8 assist.

Fabrizio Romano menegaskan bahawa pemain itu akan mengadakan ujian medikal segera dalam perpindahan tersebut.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari