Tak Mahu Diambil Kesempatan, United Sedia Lupakan Onana

Man United sebelum ini membuat tawaran €45 juta untuk mendapatkan Andre Onana yang awalnya diletakkan tanda harga €50 juta oleh Inter Milan.

Namun tiba tiba kelab Itali itu menaikkan nilai penjaga gol itu kepada €60 juta.

Angka itu dianggap mahal oleh Manchester United. Dan kelab bimbingan Erik Ten Hag itu sedia beralih ke sasaran lain untuk posisi penjaga gol.

Salah seorang nama yang dikaitkan ialah Robert Sanchez dari Brighton. Pemain yang ada tanda harga sekitar €35 juta / £30 juta.

Brighton dikenali sebagai kelab yang mudah menjual pemain. Namun haruslah kena dengan harga yang mereka mahukan.

Robert Sanchez antara penjaga gol cemerlang di EPL musim lalu. Dengan David De Gea sudah berstatus free agent sepenuhnya.

Namun berdasarkan satu data perbandingan, Sanchez jauh di belakang De Gea dari segi kualiti hantaran jauh, medium atau dekat.

Mungkinkah Erik Ten Hag yakin bahawa mereka boleh membangunkan penjaga gol ini menjadi ball playing keeper yang elegan.

Onana menjadi nama yang dianggap paling ideal dengan taktikal Ten Hag. Tetapi situasi sekarang, Man United hanya ada dana £120 juta untuk dibelanjakan.

Dengan separuh daripadanya sudah dibelanjakan pada Mason Mount.

Selain daripada nama Robert Sanchez, Man United turut menyenaraikan nama Diogo Costa dan David Raya.

Diogo Costa sebenarnya ada klausa pelepasan £65 juta pada kontraknya bersama Porto. Buat masa ini, United masih tidak memikirkan untuk mengaktifkan klausa itu.

Seterusnya, David Raya, pemain yang turut menjadi idaman Spurs itu. United menjangkakan mereka akan terpaksa berperang harga dengan Spurs.

Pilihan paling murah yang United ada ialah Justin Bijlow. Di mana Feyenoord sedia memulakan rundingan bermula €15 juta atau sekitar £12 juta untuk pemain itu.

Bukan itu sahaja terdapat juga laporan menyatakan United mungkin akan sedia memujuk De Gea untuk menandatangani kontrak baharu di Old Trafford jika terus gagal mendapatkan penggantinya.

Sebelum ini De Gea sudah memuat naik satu mesej di Twitter menyatakan dia sudah bosan menunggu tentang kedudukannya di Man United. Di mana kelab itu berjanji mahu melanjutkan kontraknya.

Namun kemudian ia tak berlaku, walaupun dia memenagi Golden Glove EPL musim lalu.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari