Tak Mahu Perangai Toksik Cancelo, Punca Guardiola Lepaskan Pemain Itu

Alasan utama Pep Guardiola mahu melepaskan Joao Cancelo adalah kerana merasakan pemain itu sudah tidak cukup bagus untuk menjadi pemain kesebelasan utama tetap.

Alasan itu ternyata mengejutkan ramai kerana Guardiola dalam 2 musim terakhir sebelum ini menjadikan Cancelo sebagai pemain utama pasukannya. Sehinggakan Cancelo pernah dianggap sebagai full back terbaik dunia.

Tetapi musim ini Cancelo banyak kehilangan tempat.

Guardiola sebelum ini pernah menyatakan bahawa Cancelo tidak gembira dengan sistem penggiliran pemain yang dibuatnya.

Dan Guardiola tidak suka dengan mana mana pemain yang cuba mempertikaikan pengurusan pemain yang dia lakukan.

Dalam aksi berdepan dengan Wolves, ketika pemain simpanan lain melakukan pemanasan badan di tepi padang, Cancelo dilihat tidak mahu melakukannya. Dan ianya membuatkan Guardiola merasakan pemain itu boleh menjadi toksik di dalam pasukan.

Guardiola mulai merasakan Cancelo boleh mencetuskan masalah di bilik persalinan jika berterusan menunjukkan ketidakpuasan hatinya.

Sejak di Barcelona lagi dia sangat pantang kalau ada pemain menunjukkan reaksi tidak gembira ketika dikeluarkan ataupun duduk di bangku simpanan.

Mike Keegan kemudian mendedahkan bahawa, sebelum itu, Cancelo bergaduh dengan Pep Guardiola ketika sesi latihan. Ini kerana Cancelo kecewa setelah mendapat tahu namanya tiada dalam kesebelasan utama berdepan Arsenal dan kemudian mengancam untuk berpindah.

Guardiola kemudian mengingatkan Cancelo bahawa tiada pemain lebih besar daripada kelab. Dan dia boleh berambus.

Cancelo kemudian mahukan jaminan bahawa dia akan menjadi pemain utama. Dan Guardiola tidak mahu memberikan janji dan jaminan itu.

Malah ketika ini Guardiola kerap menggunakan pemain muda Rico Lewis dan Nathan Ake yang dilihat berpotensi besar.

Lewis dan Ake lebih komited dan tak banyak songeh. Dan kedua duanya dalam prestasi terbaik.

Pada masa yang sama jika Guardiola melepaskan Cancelo sekarang, dia akan dapat memberikan peluang kepada Rico Lewis untuk mengembangkan lagi bakatnya.

Dengan polisi perpindahan Manchester City yang tegas, bahawa mana mana pemain yang tidak gembira dengan kedudukan mereka sebagai pemain gantian, mereka boleh meminta untuk dilepaskan.

Sebelum ini Gabriel Jesus dan Zinchenko antara 2 pemain yang meminta secara baik untuk dilepaskan kerana mahukan minit permainan.

Namun dalam kes Cancelo, pemain itu dikatakan mahu kelab menerima tawaran Bayern Munich.

Lalu Man City sedia mendapatkan ‘cash’ lagi daripada pemain berkualiti mereka.

Cancelo akan menyertai Bayern secara pinjaman. Namun kontrak itu ada obligasi untuk pembelian tetap sebanyak €70 juta.

Julian Nagelsmann terdesak mahukan bek sisi selepas kecederaan melanda Pavard dan Mazraoui.

Namun peminat City agak tidak yakin Bayern akan membeli Cancelo €70 juta selepas pinjaman.

Ini kerana sebelum ini mereka pernah menolak untuk membeli Coutinho secara tetap, walaupun pemain itu membantu mereka memenangi UCL, atas alasan terlalu mahal. Dan mereka sedia membelanjakan wang itu membeli pemain lain. Menganggap mereka tidak ada risiko untuk melepaskan Coutinho balik selepas berjaya menamatkan musim.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi