Tak Nak Kalah Dengan Barca, Real Madrid Tambah Hutang Lagi Untuk Bangunkan Bernabeu

Real Madrid dikatakan tidak rela melihat Santiago Bernabeu kalah dengan Nou Camp. Dan lembaga pengarah kelab sudah mengundi untuk membuat pinjaman bank tambahan untuk mencantikkan lagi stadium mereka.

Barcelona ketika ini dalam pembangunan semula Nou Camp. Dan mereka beraksi di stadium sementara.

Sebenarnya proses pembangunan dan pengubahsuaian markas Real Madrid, Santiago Bernabeu, sudah memasuki fasa terakhir.

Arena bersejarah itu, yang mula dibuka pada tahun 1947, telah menjalani pembaikan besar-besaran pada 2020-2021.

Selain menggunakan bumbung moden yang boleh dibuka dan ditutup, pembinaan Bernabeu meningkatkan kapasiti dengan 4 ribu tempat duduk tambahan dan pembesaran kawasan VIP.

Dalam tempoh 18 bulan selepas pengubahsuaian, Real Madrid bermain di Stadium Alfredo Di Stefano, markas rasmi pasukan pembangunan Real Madrid Castilla.

Kini mereka sudah kembali bermain di Bernabeu sejak permulaan musim 2021-2022. Namun masih ada bahagian yang ditutup untuk proses renovasi.

Kini  Lembaga kelab Real Madrid bersedia untuk meluluskan rancangan untuk meminjam dana tambahan sebanyak 370 juta euro untuk menyiapkan projek mega ini agar ianya benar benar lengkap.

Ianya  akan menjadi hutang ketiga yang telah dilaksanakan oleh kelab itu dalam usaha untuk mencantikkan Bernabeu agar ia menjadi stadium paling moden di dunia. Sesuai dengan status Real Madrid yang dianggap kelab terbaik di dunia.

Pinjaman dana pertama dibuat pada 2019 dengan nilai 575 juta euro. Kenudian pinjaman dana kedua dibuat pada 2021 dengan nilai 225 juta euro.

Kini mereka dalam proses untuk hutang ketiga. Kerana majoriti ahli kelab sudah meluluskannya dengan jumlah undian 1,582 berbanding hanya 16 menentang.

Pengumuman tentang kata sepakat itu dijangka akan dibuat dalam masa terdekat. Jadi, ia akan menjadikan hutang untuk membaiki dan mencantikkan stadium Bernabeu kini mencecah €1.17 billion.

Menurut laporan pakar di The Athletic, pinjaman pertama dan kedua tertakluk kepada kadar faedah yang tidak terlalu tinggi. Masing-masing 2.5 peratus dan 1.53 peratus.

Bagaimanapun, faedah ke atas hutang ketiga ini dipercayai lebih besar kerana Real Madrid sudah memiliki hutang yang sangat banyak sebelumnya.

Namun pihak pengurusan Real Madrid dikatakan yakin bahawa hutang itu tidak akan memberikan impak yang besar kepada beban kewangan kelab terutama sekali isu FFP.

Real Madrid sebelum ini menyatakan bahawa kelab itu mengalami pertumbuhan ekonomi sangat pesat dan ada pusingan modal yang besar. Ini ditambah dengan cara bijak berbelanja Real Madrid yang tidak terlalu emosi membeli pemain pada harga tinggi sepanjang proses pembangunan stadium mereka.

Sementara itu, proses membina stadium impian Barcelona menelan belanja sebanyak 1.5 bilion euro daripada skim hutang dan pelaburan.

Menurut Mundodeportivo, 500 juta euro pertama ialah hutang 5 tahun dengan kadar faedah 5 peratus diserahkan kepada Goldman Sachs. Ianya angka yang sangat tinggi.

Jumlah kedua sebanyak 500 juta euro telah dicadangkan kepada pelabur lain melalui skim pembiayaan jangka pendek dengan faedah 5 peratus.

500 juta euro terakhir adalah dalam bentuk kredit jangka panjang (25 tahun) dengan faedah di bawah 5 peratus.

Projek pembangunan stadium Barca dirancang untuk disiapkan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ketika Spotify Camp Nou sedang dirombak, skuad kendalian Xavi Hernandez berpindah ke bekas stadium Espanyol, Olimpic Lluis Companys, bermula pada awal musim ini. Kos untuk mereka bermain di Stadium Llluis Companys itu tidak murah. Barca membayar sewa sekitar €15-20 juta sepanjang projek pembangunan Nou Camp dibuat.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di