Takdir Isabel Pada 17 November 2010, Mati Dibunuh Atau Bermain Ragbi

Tanggal 17 November 2010,seorang wanita berusia 20-an bernama Andrea dibunuh di Medellin, Colombia.

Pada hari itu Andera sepatutnya menjemput rakannya Isabel -yang ponteng sekolah- dan keluar ke pinggir bandar selama beberapa hari.

Tetapi Isabel memutuskan tidak pergi bersamanya. Andrea terbunuh di tempat yang salah dan pada waktu yang salah, sementara itu Isabel berada di tempat yang lain.

Ketika 1 nyawa terkorban dengan cara yang ganas, 1 nyawa lagi terselamat kerana tidak bersamanya.

Colombia sememangnya dikenali sebagai salah sebuah ibu kota yang menyaksikan kes pembunuhan tertinggi di dunia.

Kini Isabel Romero berusia 23 tahun berkongsi cerita mengenai pembunuhan salah seorang rakan sejak kecilnya.

Ia berlaku di satu kawasan di mana kematian adalah sebahagian dari kehidupan penduduk setempat setiap hari.

Andrea merupakan salah satu dari 2,023 yang terbunuh pada tahun 2010 di Medellin, bandar ke-2 yang mempunyai penduduk paling ramai di Colombia.

Isabel berkata pasangan itu pergi ke tempat yang salah, menghabiskan masa di sudut jalan dan berkeliaran dengan penagih dadah.

Isabel mengagumi kumpulan penagih dadah itu kerana mereka mempunyai banyak benda yang tidak dimilikinya seperti telefon bimbit, motosikal dan wang yang cukup untuk membeli semua makanan yang mereka mahukan.

Dibesarkan oleh seorang ibu yang akan bangun pada pukul 4.30 pagi dan berjalan selama 3 jam untuk bekerja setiap hari hanya untuk menyediakan keperluan asas di atas meja makan.

Isabel dan adiknya Yurani sudah terbiasa dengan kehidupan tanpa henti dan tanpa rehat.

Isabel merasakan mesti ada cara yang lebih mudah untuk menjana wang. Pada usia 13 tahun, Isabel sudah tahu apa yang perlu dilakukannya untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Dia ingin bekerja bersama salah satu kumpulan penjenayah di Medellin.

Tempat kerja ibu Isabel terletak agak jauh dari rumahnya, ibunya juga akan menyediakan arepa (sejenis kuih jagung), mentega dan garam untuk 2 anaknya makan.

“Ia kelihatan situasi yang amat menyedihkan bagi kami. Ketika anda berada dalam keadaan seperti itu, anda selalu menginginkan jalan keluar yang paling cepat dan mudah. Bagi saya ianya begitu.”

Isabel belum belum bergaul mana-mana geng penjenayah dan pada ketika itu, dia tidak  memikirkan ia adalah satu langkah yang salah.

Dan pada satu hari dia memutuskan untuk ponteng sekolah, menyertai Andrea dan beberapa rakannya di sebuah ‘finca’, sebuah rumah di pinggir bandar selama seminggu.

Kira-kira 4 minggu sebelum kematian Andrea, sebuah pusat ragbi dibuka di kawasan paling ganas di Medellin.

Ia merupakan sebahagian daripada kompleks sukan di Castilla, pinggir bandar di barat laut bandar itu. Sebidang tanah hijau berada diantara rumah-rumah yang penuh sesak yang dikelilingi jalan yang landau.

Pergunungan Andes menjulang tinggi menjadi latar belakang. Dinding perumahan dipenuhi dengan graffiti berwarna warni dan bangunan-bangunan yang tidak seragam bentuknya.

Disinilah Isabel berasal dan dia bangga dengannya.

Ketika ditanya adakah dia dilahirkan di Castilla? Isabel akan menjawab dengan gembira “Di rumah yang sama tempat tinggal saya sekarang.”

Seperti kebanyakan negara Amerika Selatan, bola sepak disini adalah raja. Namun pembinaan padang dengan tiang berbentuk H juga menarik minat penduduk tempatan.

Rumah Isabel hanya setengah blok dari padang ragbi dan ketika ia dibina dia dan rakan sekolahnya akan melihat para pemain berlatih.

Seorang rakannya bertaruh 20,000 peso iaitu kira-kira £4 bahawa dia tidak dapat bermain sukan fizikal.

“Mereka mengatakan saya gemuk dan saya tidak dapat bermain.”

“Saya tidak suka mereka bercakap mengenai badan saya dan saya mengatakan saya tidak dapat melakukan apa-apa.”

Pada 17 November ketika Isabel menolak untuk keluar bersama Andrea, dia sebenarnya ke padang ragbi hanya kerana mahu membuktikan dia boleh bermain.

Dia segera disambut oleh Alejandra Betacur, lagenda ragbi di Colombia. Betacur merupakan seorang pemain yang berpengalaman selama 12 tahun di peringkat antarabangsa.

Perkara pertama yang diberitahu kepada Isabel adalah pergi ke tackle bag dan Isabel gembira untuk melakukannya. Rancangan awalnya untuk bersama Andrea hilang dari fikirannya.

Apabila dia pulang ke rumah, sekumpulan orang berkumpul di jalan dan motor diletakkan di sisi jalan.

“Saya fikir, apa yang berlaku di sini.”

“Ketika itulah mereka memberitahu saya Andrea telah dibunuh. Mereka membunuhnya dengan sangat kejam. Mereka memenggal kepalanya.”

“Ia memberi kesan besar kepada saya. Saya sedar saya berada ditengah-tengah situasi buruk dan anda harus bertindak atau menyerah.”

Kematian Andrea merupakan salah satu perkara pertama yang disebut oleh Isabel ketika ditanya mengenai ragbi.

Seolah-olah Andrea dan Ragbi adalah 2 bebenang asas di dalam rentetan kisah hidupnya yang tidak dapat dipisahkan.

Untuk memahami kisah Isabel, kita perlu kembali ke tahun sebelum 2010, ia bermula sebelum Isabel belum dilhirkan.

Pada tahun 1980-an, Medellin terkenal sebagai sebuah kota paling berbahaya di dunia, berlaku pertempuran ketua kartel dadah, Pablo Escobar bertembung dengan pesaingnya.

Segalanya mula berubah selepas kematian Escobar pada tahun 1993. Para militan di bandar tersebut menyumbang kepada rusuhan.

Ketika Isabel masih muda, keganasan itu sangat teruk sehingga terlalu bahaya untuknya keluar dari rumah.

“Selalunya ada orang yang akan menjaga kawasan perumahan, mereka adalah kumpulan penjenayah terkenal.”

“Tetapi akan ada kumpulan dari kawasan lain ingin menentang mereka. Apa yang bahaya adalah ketika orang luar datang untuk membuat masalah.”

“Mereka yang menjaga kawasan sekitar tidak akan membiarkan hal itu berlaku.”

Ragbi di Medellin

Mengapa ragbi diperkenalkan di salah satu kawasan paling miskin dan berbahaya di Medellin juga bukanlah secara kebetulan.

Institut Rekreasi dan Sukan Medellin (Inder) memilih tempat itu dengan sengaja untuk menyebarkan mesej.

In Colombia: Rugby would be sport of the people.

Dan ianya berkembang dengan baik.

Isabel membuktikan langkah Inder itu adalah tepat. Membina sebuah padang ragbi di Castilla, yang kini menjadi pusat ragbi Colombia berkembang.

Bakatnya dalam sukan ragbi dengan cepat dikesan. Dia menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan Colombia sejak 2012.

Isabel dan rakan sepasukannya telah bertanding dalam kategori 7 sebelah di Sukan Olimpik pada tahun 2016.

Kini pasukan ragbi wanita Colombia berada di kedudukan ke-29 dunia, semakin hampir untuk merebut tempat ke Piala Dunia.

Mereka menentang Kenya dalam perlawanan play-off pusingan kelayakan, dimana kemenangan akan membawa mereka ke acara utama pada tahun 2021.

Bersaing di Piala Dunia merupakan sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh Isabel sedekad yang lalu.

“Saya tidak pernah membayangkan hidup saya akan seperti ini, bahawa saya akan menjadi seorang olahragawati dan menemui dunia.”

“Tanpa ragbi saya mungkin akan mati atau dipenjara.”

“Saya mungkin akan bersama orang-orang yang tidak seharusnya saya bersama, ditempat dimana saya tidak seharusnya berada dan melakukan perkara-perkara yang tidak seharusnya saya lakukan.”

“Ragbi memberi saya semula kehidupan yang sempurna.”

Personaliti Isabel telah berubah secara total selepas satu dekad terakhir, dia juga merasakan Castilla juga telah berubah.

“Castilla tidak lagi berbahaya.”

Lebih baik

Secara keseluruhannya Medellin bertambah baik. Pada bulan Januari angka kematian disebabkan kes pembunuhan sangat sedikit beranding bulan-bulan lain sejak 40 tahun terakhir.

Hanya 24 kes berbanding 54 kes pada bulan Januari 2019. Malahan 12 hari dalam bulan tersebut tiada kes pembunuhan.

“Mereka mengatakan saya perlu terus berlatih. Semua orang sentiasa menyokong saya dan mengatakan bahawa saya adalah kebanggaan setempat.”

“Ragbi benar-benar dapat menyelamatkan nyawa di Colombia. Anak-anak melihat ragbi sebagai alternatif untuk membuat perubahan.”

Kisah Isabel adalah kisah yang agak luar biasa. Alejandra Betacur telah memperkenalkan Isabel dan ramai lagi kepada sukan ragbi.

Sebelum mengenali sukan Ragbi, Jose Manuel Diosa yang pernah dihalau dari sekolah, mengubah hidupnya dan terus menjadi kapten negaranya.

Penduduk asli di sebuah perkampungan terpencil di pantai Caribbean utara Colombia, kanak-kanak Colombia bermain tanpa kasut dan selipar di kawasan tanah liat.

Colombia pernah menang pingat gangsa dari kejohanan Panamerican 2019 kepada Lucas Caro, di mana seorang jurulatih yang terbunuh pada usia 31 tahun kerana terperangkap dalam pergaduhan 2 kumpulan penjenayah.

Kini terdapat sekitar 18,000 pemain ragbi di Colombia, lebih 6,000 adalah wanita dan jumlah ini akan terus bertambah.

Setiap pasukan tahu tentang kematian malahan ia adalah perkara yang lebih teruk dari kekalahan. Apabila Isabel memakai jersi negaranya, ia adalah lebih dari sekadar ragbi. Itulah kehidupannya yang dibina dengan segala asam garam kehidupannya.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di