Tammy Abaraham Suruh Saka Jangan Beriya, Sebab Gol Dia ‘Angin Je Tu’

Bukayo Saka menjaringkan salah satu gol yang jahat dalam aksi Derbi London semalam.

Di mana pemain muda Arsenal itu menurut Tammy Abraham sebenarnya telah melakukan half cross (istilah untuk bola separa cross yang menuju tepat ke gawang) yang memerangkap penjaga gol termahal pada jendela perpindahan lalu iaitu Edouard Mendy.

Gol Saka itu secara tak langsung telah memadamkan hasrat Chelsea untuk bangkit dalam perlawanan tersebut.

Arsenal mendahului menerusi penalti Lacazette dan kemudian sepakan percuma luar biasa Xhaka.

Granit Xhaka melakukan sepakan percuma cantik dari jarak 23 meter menewaskan Edouard Mendy.

Lihat di sini bagaimana Xhaka melakukannya:

Sepakan percuma itu terlalu boom untuk dihadang oleh benteng dan penjaga gol.

Xhaka memang dikenali dengan kepakarannya melakukan percubaan jarak jauh. Namun aksi gol seperti ini dalam pertemuan derbi London adalah sangat diingati.

Tetapi gol ketiga Arsenal agak penuh kekeliruan. Saka menerima bola daripada Smith Row dan terus meghalakannya ke arah gol.

Selepas tamat perlawanan, Bukayo Saka dan Maitland Niles masih bercerita tentang keindahan gol tersebut.

Lalu rakan di pasukan kebangsaan mereka, Tammy Abraham mencelah menyatakan bahawa gol itu adalah angin / fluke ataupun nasib.

Detik kelakar tiga rakan itu dirakam oleh kamera di Emirates.

Ketika Saka sedang girang gembira, Tammy terus meminta Saka jangan terlalu beriya kerana gol itu tidak disengajakan.

“Kamu tak sengaja pun, kau diamlah wei.”

Namun reaksi Saka dan Ainsley Maitland-Niles lebih setan apabila Tammy Abraham beredar daripada mereka.

Lihat detik kelakar itu di sini:

Bukayo Saka dan Tammy Abraham antara dua bakat muda yang terus meningkat naik bersama kelab masing masing. Kedua duanya dipromosi daripada akademi.

Saka antara pemain terbaik Arsenal musim ini walaupun prestasi pasukannya agak kurang meyakinkan pada awal musim.

Namun kemenangan ke atas Chelsea boleh dijadikan tonik berharga untuk bangkit. Mikel Arteta sebelum perlawanan menyatakan 3 perlawanan bermula Boxing Day bakal menentukan hala tuju musim mereka pada kali ini.

Tammy Abraham menjadi penjaring tunggal Chelsea dalam aksi semalam. Dengan Jorginho terlepas peluang menjaringkan gol selepas penalti kijangnya diselamatakan Bernd Leno.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di