Tarikh Pertarungan Khabib vs Gaethje Disahkan 24 Oktober Akan Datang

Presiden UFC Dana White menyatakan bahawa pertarungan antara Khabib Nurmagomedov dan Justin Gaethje akan berlangsung pada 24 Oktober.

Pertarungan Khabib vs Gaethje pada awalnya dirancang untuk dilaksanakan pada bulan September, tetapi berita kematian Abdulmanap Nurmagomedov pada awal bulan Julai membuat rancangan itu terpaksa dianjak lagi.

Ini bagi menghormati Khabib Nurmagomedov yang masih pilu kehilangan ayahnya.

Khabib sangat terkesan dengan pemergian ayahnya. Malah Khabib menyebut bahawa dia mungkin akan bersara setelah ditinggalkan oleh ayahnya yang merupakan sebahagian penting dalam kariernya.

Ayahnya, Abdulmanap merupakan jurulatih kepada The Eagle.

Lantas ramai yang mempersoalkan, adakah pertarungan di antara Khabib Nurmagomedov dan Justin Gaethje akan diteruskan?

Namun, White kemudian optimis bahawa pertarungan untuk perebutan kejuaran dunia akan tetap diteruskan.

Cuma beliau mahu memberikan ruang kepada Khabib Nurmagomedov.

Semalam akhirnya presiden UFC itu mengumumkan bahawa pertarungan itu sudah ditetapkan pada 24 Oktober akan datang.

Cuma tidak pasti tentang venue pertarungan itu lagi.

“Pertarungan akan berlangsung. Saya boleh memberitahu anda sekarang, pertarungan akan berlangsung. Khabib vs Gaethje, 24 Oktober,” kata White.

“Situasinya sangat sukar bagi Khabib. Ayahnya adalah pahlawan baginya, dia sangat menyayangi ayahnya, mereka mempunyai hubungan yang sangat erat dan sangat sukar baginya menerima kenyataan yang baru berlaku,” kata White seperti yang dilaporkan oleh CNN.

Selain dari tarikh tersebut, tidak ada informasi lain yang diumumkan oleh White mengenai pertempuran Khabib vs Gaethje.

Gaethje berpeluang berhadapan Khabib setelah mengalahkan Tony Ferguson dalam perlumbaan merebut tali pinggang kejuaraan sementara pada 9 Mei.\

Juara sebenar akan ditentukan pada Oktober ini.

Sepatutnya sebelum ini, UFC 249 mempertemukan Ferguson menghadap Khabib.

Namun Khabib terperangkap di Rusia kerana larangan keluar oleh negara mereka ketika wabak yang melanda.

Lalu Gaethje dipilih mengisi tempat Nurmagomedov. Gaethje berjaya mengejutkan pertarung sensasi Tony Ferguson yang dianggap sebagai lawan sebenar Khabib.

Ferguson diramal akan mampu menggugat rekod tanpa kalah Khabib Nurmagomedov.

Malang sekali, pertarungan di antara Nurmagomedov dan Ferguson sekali lagi dibatalkan selepas 4 kali sebelum ini tak jadi.\

Ferguson tewas di tangan Gaethje dengan pengadil menghentikan pertarungan.

Baca yang lain