Tawaran Gila Kerajaan Arab Saudi Kepada Benzema Bernilai €100 Juta

Karim Benzema dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran dari kerajaan Arab Saudi yang turut disokong oleh kerabat diraja negara itu.

Ya, anda tidak silap baca, kerajaan Arab Saudi yang mahukan dia datang ke negara itu.

Dan dia boleh memilih mana mana kelab yang dia mahu sertai. Dengan gajinya akan ditanggung oleh kerajaan.

Dia juga boleh memilih mana mana kediaman mewah yang dia mahukan di Arab Saudi dan berhak sepenuhnya kepada isu hak imejnya.

Benzema mendapat tawaran lumayan €100 juta semusim. Dan kemudian diberikan tawaran untuk menjadi duta kempen melobi hak penganjuran Piala Dunia 2030.

Perkara ini turut mendapat perhatian daripada Real Madrid yang melanjutkan kontrak pemain itu beberapa bulan lalu. Di mana kontrak semasa akan berakhir pada akhir musim 2023/24.

Benzema tertarik dengan tawaran daripada Arab Saudi. Di mana gajinya adalah €100 juta setahun selepas cukai.

Dia turut ditawarkan pakej tajaan hak imej yang mahal sebagai duta untuk Arab Saudi bagi membida hak penganjuran Piala Dunia 2030.

Benzema masih lagi berminat untuk kekal di Real Madrid. Pada masa yang sama dia benar benar sukar untuk membiarkan tawaran dari Arab Saudi itu berlalu begitu sahaja.

Liga Arab Saudi menjadi perhatian dunia selepas Al Nassr berjaya mendapatkan Cristiano Ronaldo.

Kemudian, Al Hilal dikaitkan pula dengan Lionel Messi yang akan tamat kontrak bersama PSG beberapa hari lagi.

Jika Benzema jadi datang ke Arab Saudi, nampaknya, Liga Arab Saudi terus mendapat perhatian dunia.

Benzema merupakan penyandang Ballon d’Or pada ketika ini. Dia melalui kempen yang agak sukar musim ini kerana isu kecergasan.

Ditambah pula dengan hakikat dia memang sukar untuk mendapatkan semula prestasi terbaiknya seperti musim lalu, yang dianggap prestasi luar biasa dalam kariernya.

Benzema sudah mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa selepas kecewa dengan Didier Deschamps yang disifatkannya sebagai kuat menipu.

Baca yang lain