Tebus Kesilapan Dengan 2 Saves Penalti Penentuan, Kepa Digelar ‘Mind Reader’

Kepa Arrizabalaga menjadi racun dan penawar buat pasukan Chelsea dalam aksi berdepan Southampton dalam Piala Carabao. Di mana beliau melakukan kesilapan penjaga gol / gk error dan kemudian menjadi wira pasukannya sekali lagi dalam penentuan penalti.

Kepa yang sebelum ini sudah menjadi penjaga gol terbaik dalam sejarah Chelsea apabila tiba kepada statistik penyelamatan penalti.

Dan beliau menambahkan lagi rekod tersebut selepas menyelamatkan 2 penalti dalam penentuan sepakan penalti.

Chelsea mendahului pada lewat separuh masa pertama menerusi gol Kai Havertz minit ke-44.

Namun gol itu dibalas Chee Adams hanya selepas 3 minit wisel sepak mula separuh masa kedua.

Ianya berpunca daripada kesilapan Kepa yang termuntah bola di depan gol beliau sendiri. Adams dengan lajunya menyambar bola tersebut.

Kedua dua pasukan mencipta peluang gol yang seimbang dalam perlawanan ini.

Membuatkan peminat kedua dua pasukan tidak senang duduk kerananya.

Tetapi apabila tiba ke penentuan penalti ianya bukan lagi kebetulan, Kepa memang bagus.

Beliau kini hanya beraksi 4 perlawanan musim ini. Dan 3 daripadanya adalah melibatkan aksi penentuan penalti. Kepa menjadi wira dalam ketiga tiga penentuan penalti tersebut.

Beliau setakat ini sudah membantu Chelsea memenangi penentuan sepakan penalti dalam 4 aksi.

Lantas rakan sepasukannya, para peminat melabel Kepa sebagai seorang pembaca fikiran orang lain ataupun mind reader.

Thomas Tuchel memuji sumbangan Kepa dalam perlawanan ini terutama sekali ketika melakukan dua saves penalti penentuan.

Bukan mudah untuk Kepa bangkit secara mentaliti selepas melakukan kesilapan yang membolehkan gol lawan.

Namun Kepa berjaya melakukannya. Dan Tuchel berkata: “Apabila semua orang mulai memikirkan bahawa masa tambahan dan penentuan penalti sebagai benda yang bahaya, itu akan membuatkan kamu hilang tumpuan.”

“Ianya sangat penting untuk Kepa terus mengekalkan kami dalam perlawanan ini dan melakukan penyelamatan ketika berdepan dua tandukan daripada set pieces.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di