Ten Hag Akui Cinggey Jatuhkan Antony

Erik Ten Hag akhirnya terbuka mengakui bahawa masalah dengan cinggey atau teman wanita membuatkan prestasi Antony merudum.

Pemain itu dianggap telah menunjukkan prestasi yang baik ketika awal menyertai Man United. Dia dipanggil ke skuad kebangsaan Brazil.

Namun selepas itu Antony dibayangi cerita dari Brazil bahawa bekas teman wanita yang juga bekas pasangan hidupnya, Gabriela Cavallin telah mendakwa  dia menjadi mangsa keganasan domestik.

Cavallin menyatakan dia cedera dibantai Antony. Dan payudara silikonnya rosak. Wanita itu turut mendedahkan Man United tahu tentang perkara itu dan menghantar doktor khas untuk merawat wanita itu di hotel.

Kerana jika Cavallin dihantar ke hospital, berita itu pasti heboh. Man United menafikan tuduhan tersebut.

Sejak itu prestasi Antony terus merudum. Dia digugurkan daripada skuad Brazil untuk menyelesaikan kes polisnya.

Man United turut memberikannya pelepasan khas untuk dia menyelesaikan masalah tersebut.

Ketika Antony sedang berusaha membersihkan namanya kerana tuduhan Cavallin, muncul seorang lagi wanita menuduh Antony memperkosannya.

Ingrid Lana yang juga seorang model menyatakan dia berhubung dengan Antony atas dasar profesional atau kerja. Namun tak menyangka pemain itu telah mengambil kesempatan ke atasnya.

Antony menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya. Dan memuat naik tangkap layar perbuana dia dengan wanita itu yang menunjukkan mereka melakukan hubungan atas dasar suka sama suka.

Ten Hag akui dia simpati dengan Antony kerana berdepan dengan masalah tersebut.

Pengurus asal Belanda itu bertanggungjawab membawa masuk Antony ke Ajax dan menjadikan dia bintang. Dan kemudian bertanggungjawab membawa Antony ke Man United dengan perpindahan sekitar €100 juta.

Ten Hag berkata: “Isu dia di luar padang menghalang dia daripada bermain pada prestasi terbaik. Saya rasa, pada tahun pertama dia OK. Dan saya juga berpendapat pada pra musim dia pun OK. Empat perlawanan pertama musim ini dia beraksi baik.

“Dia terpaksa keluar dari pasukan buat sementara dan kembali semula. Selepas itu dia tidak dapat mempamerkan aksi yang kami harapkan daripadanya,” tegas Ten Hag.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari