Ten Hag: Onana Akan Menjadi Salah Seorang Penjaga Gol Terbaik Dunia”

Erik Ten Hag menyatakan bahawa penjaga gol bukan masalah utama di dalam kelab mereka ketika ini. Kerana beliau dan staf kejurulatihannya gembira dengan barisan penjaga gol yang mereka ada.

Erik Ten Hag mulai diserang dengan kritikan kerana sebelum ini tidak mahu melanjutkan kontrak De Gea bagi membawa masuk Andre Onana ke Old Trafford. Ianya atas alasan kesesuaian taktikal.

Dan kini Onana mencatatkan permulaan yang sangat tidak bagus di Man United. 18 bolos daripada 10 perlawanan pertamanya bersama Man United.

Onana terus menuai kritikan setelah melepaskan 3 lagi bolos dalam aksi menentang Galatasaray. Dia melakukan 1 kesilapan yang memaksa Casemiro melakukan bentesan dan menerima kad merah.

Pada gol ketiga oleh Icardi, Onana dilihat tidak melakukan teknik yang baik.

Ditanya sama ada sudah tiba masanya untuk Ten Hag merehatkan Onana? Pengurus itu berkata dia tidak terfikir langsung perkara tersebut. Kerana dia yakin Onana akan segera bangkit.

Ten Hag mengingatkan semua pihak bahawa Andre Onana bakal menjadi salah seorang penjaga gol terbaik dunia selepas ini. Keyakinan itu disuarakan sendiri oleh Erik Ten Hag ketika dia menyatakan sokongan tak berbelah baginya kepada penjaga gol yang dia bawa masuk dengan harga £55 juta itu.

Ten Hag berkata: “Kami sangat gembira dengan barisan penjaga gol yang kami ada. Andre Onana penjaga gol yang hebat. Kita lihat sendiri kemampuannya dan personalitinya sebelum ini. Dia merupakan semifinalis dan finalis Liga Juara Juara Eropah musim lalu.”

“Andre Onana penjaga gol yang hebat, dan akan menjadi salah seorang penjaga gol terbaik di dunia selepas ini. Saya akan terus menyokong Onana dan mendorongnya untuk bangkit.”

“Dia akan bangkit, itu saya pasti.”

 

Baca yang lain