Terengganu Hambat Selangor 3 Kali, Penalti Lee Tuck 94+7″ Nafi Kemenangan Selangor

Terengganu sekali lagi mencipta kebangkitan
secara marathonn dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, walaupun kali ini tidak berkahir kemenangan.

Dalam perlawanan ini tiga kali pasukan Selangor mendahului pasukan Terengganu. Dan tiga kali Terengganu berjaya mengejar dan menyamakan kedudukan.

Selangor di hadapan menerusi Ifedayo Olesegun pada minit ke-40. Ini selepas Ifedayo Olusegun menewaskan penjaga gol Terengganu, Ilham Amirullah, menerusi satu tandukan kilas yang tepat.

Namun tiga minit selepas itu Terengganu berjaya menyamakan kedudukan menerusi Rahmat Makasuf. Satu jaringan gol yang dilakukan free flowing football yang cantik daripada Terengganu.

Pertahanan Selangor agak terlalu mudah dilepasi.

Bersambung separuh masa kedua, Selangor kembali di hadapan sekali lagi pada minit ke-54 menerusi Khyril Muhymeen.

Beliau melakukan first time shot di near post. Beliau sekali lagi membuktikan kualiti yang beliau mampu hadirkan di dalam perlawanan.

Tidak mahu mengalah Terengganu menyamakan kerutan sekali lagi pada kira-kira 10 minit daripada gol pendahuluan Selangor tersebut.

Sanjar Shaakhmedov menyamakan kedudukan selepas beliau menyempurnakan hantaran lolos daripada rakannya.

Sanjar terus cemerlang musim ini untuk pasukan Terengganu. Beliau merembat kemas bola ke gawang Selangor.

Pada minit ke-70 Brendan Gan berjaya meletakkan Selangor di hadapan sekali lagi untuk kali yang ketiga. Semput juga nak ulas ni.

Brendan Gan mengambil kesempatan keadaan pergelutan di hadapan kotak penalti selepas penjaga gol melakukan kesilapan yang tidak diduga.

Di mana Ilham Amirullah terlepas bola daripada tangkapannya. Brendan Gan ibarat dihadiahkan gol itu.

Ketika pasukan Selangor berkira-kira untuk membawa pulang tiga mata, mereka melepaskan penalti kepada pasukan lawan pada masa kecederaan.

Kapten pasukan Terengganu Lee Tuck berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan minit-minit akhir sebelum wisel penamat dibunyikan.

Kedua-dua pasukan hanya mampu berpuas hati dengan berkongsi satu mata. Bagi pasukan Terengganu ini merupakan kali kedua dalam tempoh kurang seminggu mereka bermarathon untuk comeback di atas padang.

Tempoh hari mereka comeback dengan thriller 7 gol berhadapan dengan Kedah.

Keputusan ini menyaksikan Selangor setakat ini mengutip 5 mata. Manakala pasukan Terengganu pula dengan empat mata selepas tiga perlawanan.

Baca yang lain