Terengganu Potong Tang Kona Untuk Ke Piala AFC

Terengganu mara ke Piala AFC 2023 dengan cara yang penuh dramatik. Di mana mereka melakukannya pada aksi terakhir Liga Super 2022 ketika berdepan dengan skuad Kedah.

3 gol Terengganu adalah sumbangan Faisal Halim dan 2 lagi daripada Tchetche Kipre.

Manakala gol saguhati Kedah pula dihasilkan oleh Dechi Nguessan.

Dengan kejayaan ini, Terengganu sudah menjamin slot ke Piala AFC tanpa pening memikirkan slot daripada status juara Piala Malaysia.

Dalam satu lagi perlawanan, JDT menewaskan Sabah 3-0. Untuk Sabah, jika mereka mahu mara ke AFC Cup, mereka bergantung kepada Piala Malaysia.

Sama ada mereka sendiri memenanginya ataupun berharap JDT atau Terengganu yang memenanginya.

Terengganu memulakan perlawanan dengan sangat baik. Mereka mendapat gol pertama minit ke-4 menerusi aksi licik Faisal Halim. Dia memulakan gerakan itu dan kemudian bertukar hantaran dengan rakannya.

Faisal kekalkan keseimbangannya dan merembat masuk bola pada minit ke-4.

Kipre kemudian menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-16. Di mana dia terlalu mudah melepasi perangkap ofsaid dan melepaskan rembatan masuk.

Pada minit ke-74, Kipre meledak lagi. Kali ini dia merembat deras dari dalam kotak penalti. Gol yang merupakan gol ke-13 peribadinya musim ini.

Pada minit ke-88 Kedah mendapat gol saguhati menerusi Dechi Nguessan. Dan ianya sudah terlalu lambat untuk mereka memulakan kebangkitan.

Tamat perlawanan, Kedah 1 Terengganu 3.

Terengganu meraikan kemenangan kali ini dengan kejayaan mara ke Piala AFC.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.