TERKINI: Al Ahli Mahu Satukan Sadio Mane Dengan Firmino, Bayern Dah OK

Sadio Mane sememangnya antara pemain yang diletakkan dalam senarai untuk dijual pada jendela perpindahan kali ini.

Beberapa bulan lalu, selepas insiden Mane dengan Leroy Sane, lembaga pengarah Bayern rata rata mahukan Sadio Mane dijual.

Seterusnya, pengurus Bayern, Thomas Tuchel turut tidak ada masalah untuk menjual Mane kerana pemain itu berdepan krisis prestasi dan kecergasan semenjak menyertai Bayern Munich dari Liverpool.

Kini, Al Ahli, dari Arab Saudi, sedia untuk membeli Sadio Mane dari Bayern Munich.

Dengan kelab Bavaria itu sudah memberikan lampu hijau akan menjual pemain itu jika kena pada harga ditawarkan.

Bayern bagaimanapun menghormati keputusan Mane jika pemain itu tidak mahu ke Arab Saudi. Hal ini kerana masih ada tawaran daripada beberapa kelab eropah yang lain untuk Sadio Mane.

Sadio Mane terus melalui karier yang penuh liku pada musim pertama di Bayern Munich.

Pada awalnya Mane dilihat cepat menyerasikan diri dengan dunia ala Hollywood FC di Bayern. Gelaran untuk pasukan Bayern oleh peminat bola sepak kerana ianya sarat dengan ego dan lagak bintang pemain pemain di sana.

Mane kemudian begelut dengan prestasinya. Seterusnya dia bergaduh dengan Leroy Sane dan melepaskan kemarahannya dengan menumbuk muka pemain itu sehingga pecah bibirnya.

Mane seterusnya dikenakan tindakan disiplin oleh kelab. Didenda dan digantung tugasan. Mujur Leroy Sane meminta Bayern tidak menggantung Mane kerana Sane ketika itu mahu setiap pemain tersedia untuk membantu Bayern menewaskan Borussia Dortmund dalam perebutan tahta Bundesliga.

Mane mengakui dia malu di atas kelakuannya. Dan dikatakan telah meminta maaf di hadapan semua pemain termasuk kepada pengurus Thomas Tuchel.

Seterusnya, Bayern menyenaraikan Mane antara pemain untuk dijual. Lembaga Pengarah Bayern dikatakan akur bahawa Mane sebenarnya pembelian yang merugikan.

Ini ditambah dengan senarai kecederaan Sadio Mane yang dianggap tiada penghujungnya. Lalu Bayern berharap mereka akan dapat menjual Sadio Mane.

Namun tiada siapa yang sanggup membeli Sadio Mane dengan harga tinggi dan gajinya yang tinggi.

Mane terus bergelut untuk mendapatkan rentak dan prestasi seperti mana dia pamerkan di Liverpool.

Mane diundi Flop Of The Season

Beberapa minggu lalu, dalam satu undian dari kalangan pemain profesional di Bayern, Mane diundi sebagai flop of the season ataupun pemain paling teruk dan mengecewakan musim 2022/23.

Undian itu sebenarnya agak rare, namun ramai pemain profesional di Bundesliga yang terlibat dalam undian itu. Mirip format undian pemain terbaik tahunan yang diundi oleh kalangan pemain profesional di Bundesliga.

Lebih 250 pemain Bundesliga meluangkan masa mengundi dalam pilihanraya itu. Dan Mane mendapat 41.7% undian sebagai pemain paling teruk.

Mane jauh meninggalkan pemain di tanggan kedua iaitu Joshua Kimmich dengan 7.5%, juga dari Bayern.

26.9 peratus pemain di Bundesliga memilih untuk tidak mengundi.

Ini carta undian itu yang dikuasai pemain pemain Bayern.

Bagi undian pemain  terbaik pula rata rata memili Kolo Muani sebagai terbaik dan Jude Bellingham di tangga kedua.

Jude Bellingham hampir membantu Dortmund menjulang Bundesliga musim ini. Terlepas gelaran itu pada hari terakhir.

Namun pemain itu tetap berjaya menarik perhatian Real Madrid. Dia menyertai Real Madrid dengan perpindahan €103 juta.

20.9 peratus memutuskan tida mahu mengundi. Jaman Musiala berada di tangga kelima dalam undian tersebut.

Adakah Mane akan bersatu semula dengan Roberto Firmino? Gandingan mereka pernah membentuk trio bersama Mo Salah ketika di Liverpool – yang dianggap antara trio terbaik di Eropah.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di