TERKINI: Arteta Harap Arsenal Selesaikan Isu Ozil Segera Dalam Beberapa Hari Ini

Pengurus Arsenal Mikel Arteta menegaskan bahawa beliau berharap kelab dapat segera menyelesaikan masa depan Ozil di Arsenal. Ini selepas pemain itu dikaitkan dengan perpindahan pada Januari.

Ozil menjadi pemain yang tiada dalam perancangan Mikel Arteta pada musim ini. Ozil disisihkan daripada skuad EPL dan UEL pasukan The Gunners.

Arteta menyatakan beliau berharap deal melibatkan Ozil akan memberikan kebaikan kepada pihak Ozil dan Arsenal.

“Jika perkara ini diselesaikan bukan ini, bermakna kerana ianya bagus untuk kedua dua pihak – sama ada untuk Ozil dan untuk kelab.”

“Jika itu berlaku [perjanjian memberikan manfaat kepada semua pihak], maka kita akan terus kepada langkah seterusnya [dalam rundingan]. Jika ianya tak berlalu, maka dia akan terus kekal di sini.”

“Kita akan menentukan keputusan kita dalam beberapa hari ini,” jelas Mikel Arteta.

Kenyataan Arteta ini menguatkan lagi spekulasi bahawa Mesut Ozil kini sedang berunding dengan kelab dari Turki iaitu Fenerbache.

Laporan HSA dari Turki menyatakan, Ozil ditawarkan kontrak selama tiga tahun setengah dari kelab gergasi Turki tersebut.

Mesut Ozil kini berada pada enam bulan terakhir kontraknya. Beliau bebas bercakap dengan mana mana kelab.

Namun untuk memeterai perjanjian yang membolehkannya pergi pada Januari, kelab baru Ozil perlu membayar yuran perpindahan kepada Arsenal.

Tetapi jika Ozil memutuskan untuk terus kekal sehingga Jun, maka Ozil boleh pergi secara percuma pada akhir musim ini.

Mesut Ozil menjadi salah seorang perancang terbaik yang pernah bermain di Liga Perdana Inggeris. Tetapi beliau gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama secara konsisten di bawah kendalian Unai Emery dan Mikel Arteta.

Baca yang lain