TERKINI: Barcelona Sahkan Dembele Cedera Lagi, Rekod Kecederaan Ke-10

Barcelona mengesahkan bintang mereka, Ousmane Dembele mengalami kecederaan hamstring yang membuatkannya berehat untuk beberapa minggu lagi.

Sejak menyertai Barcelona daripada Borussia Dortmund dengan nilai €105 juta, Dembele sudah mengalami 10 siri kecederaan.

Beliau sudah berehat kerana kecederaan sebanyak 525 hari secara kumulatif. Agak malang untuk pemain berbakat besar seperti beliau yang ibarat kaca.

Kecederaan sentiasa menjadi penghalang kepada Ousmane Dembele.

Kecederaan hamstring adalah masalah yang paling banyak memberikan Dembele tempat di ruang rehabilitasi.

Termasuk yang ini, sudah 5 kali Dembele mengalami kecederaan serupa dengan jumlah terkumpul beliau berehat kerana hamstring sebelum ini sudah mencecah 376 hari. Ianya lebih setahun.

Barcelona menerusi laman rasminya menyatakan: “Ujian dilakukan pada Ahad, 6 Disember, hasilnya menunjukkan pemain pasukan utama, Ousmane Dembele mengalami kecederaan hamstring.”

“Oleh itu Dembele tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan pasukan. Evolusi kecederaannya akan menentukan ketersediaan beliau.”

“Berdepan Cadiz, pemain sayap dari Perancis itu masuk dari bangku simpanan. Terlibat dalam perlawanan ke-12 beliau musim ini, dan pada tempoh itu beliau sudah menjaringkan 4 gol.”

Rata rata para peminat Barcelona sudah lali dengan berita seperti ini. Dembele antara pemain yang paling banyak rekod kecederaan dalam beberapa musim ini.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di