TERKINI: Bayern Hampir Pasti Dapatkan Cancelo Yang Mahu Sertai Mereka

Bayern Munich sedang dalam proses melengkapkan perpindahan mengejut Joao Cancelo secara pinjaman dari Manchester City.

Berita itu benar benar mengejutkan kerana Joao Cancelo merupakan salah seorang pemain yang berada dalam prestasi terbaik dalam beberapa musim ini.

Sambil Manchester City dalam persaingan sengit dengan Arsenal dalam perebutan EPL dan masih bersaing dalam UCL.

Fabrizio Romano dan David Ornstein masing masing mengesahkan rundingan tersebut sedangn berlangsung.

City juga sudah sedia melepaskan pemain itu ke Bayern dengan Cancelo sendiri sudah memberitahu dia mahu menyertai juara Jerman itu.

Bayern Munich memang sedang mencari bek sisi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Benjamin Pavard dan Mazraoui yang cedera.

Tanpa disangka sangka mereka berpeluang mendapatkan bek sisi yang berkualiti tinggi seperti Joao Cancelo.

Dalam 2 musim terakhir ini, Cancelo meningkat naik menjadi salah seorang bek sisi terbaik di Eropah.

Dia memiliki rekod assist luar biasa dan juga kemampuan mencetak gol.

Musim 2021/22 dia menjadi satu satunya pemain melakukan 50+ percubaan, 50+ aerial duel sukses, 50+ gelecekan melepasi lawan, 50+ bentesan — menurut Squawka.

Kehadiran dia di Bayern Munich pastinya akan menguatkan lagi kualiti pasukan itu yang berusaha mempertahankan kejuaraan Bundesliga dan pada masa yang sama mahu mengejar kejuaraan Liga Juara Juara Eropah.

Manchester City dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini memberikan peluang kepada Rico Lewis untuk mengisi posisi bek kiri.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi