TERKINI: City Tarik Diri, West Ham Dan Arsenal Hampir Capai Kesepakatan

Arsenal mengemukakan bidaan ketiga bernilai £105 juta. Dengan £100 juta bayaran tetap dan £5 juta lagi bonus.

Namun tawaran itu ditolak oleh West Ham yang tidak setuju dengan struktur bayaran dicadangkan oleh Arsenal.

West Ham kemudian menunggu Man City melakukan bidaan rasmi kedua mereka. Sebelum ini City menawarkan harga £90 juta dengan £75 juta wajib dan £15 juta bonus.

Tawaran itu sama nilai dengan tawaran Arsenal yang kedua. Dan ianya ditolak West Ham yang cuba meraih sehingga £120 juta daripada penjualan Declan Rice. Dengan berharap mendapatkan £100 juta wajib.

West Ham yang bermain dengan harga cuba melaga lagakan Arsenal dan Man City agar terus berperang harga.

Namun malangnya Man City dilaporkan telah menarik diri daripada persaingan. Mereka merasakan West Ham terlalu mencuba untuk cekik darah dalam harga tersebut.

Man City telah memantau proses rundingan di antara Arsenal dengan West Ham untuk Rice. Dan mendapati West Ham cuba mengambil kesempatan serta banyak songeh.

Kini tawaran terakhir Arsenal bernilai £105 juta mungkin akan menjadi tawaran terakhir dari Arsenal. Memandangkan tawaran itu melebihi tanda harga £100 juta diletakkan West Ham.

Perkara itu disahkan oleh koresponden Chris Wheatley.

Beberapa minit selepas itu, Wheatley melaporkan bahawa Arsenal dan West Ham kini hampir mencapai kesepakatan perjanjian £105 juta untuk Declan Rice.

Menjadikan dia pemain termahal dalam sejarah Arsenal. Dan pemain Inggeris paling mahal pernah dibeli oleh kelab Inggeris.

Baca yang lain