TERKINI: Kemurahan Hati Ronaldo, Convert Hotel Jadi Hospital Dan Tanggung Kos

Ketika ini dunia sedang diserang oleh dunia wabak Koronavirus ataupun COVID-19.

Hospital hospital banyak yang sudah penuh. Dan di China ketika ini ada beberapa hotel khas telah disewa untuk dijadikan wad sementara.

Bintang Portugal dan juga Juventus, Cristiano Ronaldo, turut mengambil langkah yang sama, bagi membantu meringankan sedikit beban petugas perubatan dalam mencari tempat untuk menempatkan pesakit Koronavirus.

Ronaldo yang ketika ini dikuarantin di Portugal telah mengucapkan terima kasih kepada petugas perubatan profesional yang membantu ramai manusia lain agar pulih daripada Koronavirus.

Dan kini beliau mahu menyumbangkan sesuatu kepada negaranya dengan menawarkan hotel miliknya untuk dijadikan wad kuarantin pesakit Koronavirus.

Sebelum ini rakan sepasukan beliau Daniele Rugani disahkan positif Koronavirus. Dan Ronaldo juga terpaksa diasingkan daripada orang awam dengan tahanan kuarantin di rumah.

Beliau ketika itu balik ke Portugal kerana ibunya diserang strok.

Rugani sudah pun pulih daripada wabak tersebut.

Menurut Marca, kesemua hotel milik Cristiano Ronaldo akan ditukarkan menjadi hospital buat sementara waktu.

Ronaldo akan membayar dan menanggung kesemua kos doktor dan petugas perubatan di situ.

Laporan itu sehari selepas Cristiano Ronaldo menghantar satu mesej emosional meminta agar kesemua peminatnya mengikuti garis panduan yang ditetapkan World Health Organisation (WHO) berkenaan dengan Covid-19.

Ronaldo turut menyatakan sokongan berterusan kepada pegawai perubatan yang disifatkannya sebagai luar biasa. Sanggup mengambil risiko demi menyelamatkan nyawa orang lain.

Ronaldo berkata: “Saya bercakap ini bukan sebagai pemain bola sepak, tetapi sebagai seorang anak, seorang ayah dan seorang manusia biasa yang prihatin ke atas perkembangan terkini wabak yang sedang menyerang dunia.”

“Menjaga nyawa orang lain adalah isu paling penting di atas kesemua kepentingan lain.”

“Saya ingin menyatakan rasa simpati saya kepada kesemua yang telah hilang orang tersayang yang dekat dengan mereka. Solidariti saya adalah bersama dengan mereka yang menentang virus ini, seperti rakan sepasukan saya Daniele Rugani.”

“Dan terus menyokong kerja kerja luar biasa oleh pegawai-pegawai perubatan profesional yang sanggup merisikokan diri dengan menyelamatkan nyawa orang lain.”

Ronaldo pada ketika ini masih berada di Portugal. Dan beliau akan memastikan hotelnya bersedia untuk ditukar menjadi hospital buat sementara waktu.

Hotelnya bukan biasa biasa bang. Hotel mewah tu.

Koronavirus kini semakin menular di seluruh dunia. Banyak acara sukan, perhimpunan awam dan riadah yang terpaksa dibatalkan.

Koronavirus adalah wabak yang bermula dari Wuhan, China. Dan ia telah merebak ke serata dunia.

Satu langkah terpuji daripada Cristiano Ronaldo yang sanggup menjadikan hotel mewahnya sebagai tempat merawat dan menyelamatkan nyawa.

Diharap akan lebih ramai jutawan lain di seluruh dunia mengambil langkah pro aktif dalam membantu petugas perubatan mencegah dan merawat Koronavirus.

Ronaldo memang dikenali dengan sikapnya yang dermawan dan banyak berbuat amal kebajikan. Walaupun kadangkala beliau nampak agak arrogant di dalam padang.

Hakikatnya, kita tak boleh menafikan kebaikan hatinya dalam hal hal kebajikan. Beliau seorang yang sangat peka.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di