TERKINI: Lingard Tolak 2 Tawaran Kelab Lain Untuk Bergabung Semula Dengan David Moyes

Pemain tengah ofensif Man United, Jesse Lingard telah kehilangan tempatnya secara total di Man United. Ole Gunnar Solskjaer sudah memiliki skuad yang stabil pada ketika ini.

Sudah pastinya Lingard sedar beliau tidak akan mampu untuk menjadi pemain regular di dalam pasukan.

Dan kini Jess Lingard dalam proses untuk bergabung semula dengan bekas pengurus David Moyes di West Ham.

Lingard dilaporkan memang berminat ke West Ham. Namun United sebelum ini tidak begitu tertarik dengan idea meminjamkan pemain tersebut ke kelab lain.

Lagipun West Ham dilaporkan hanya menawarkan GBP 1 juta untuk meminjam Lingard pada baki musim ini. Man United berkeras meminta GBP1.5 juta untuk The Hammers mendapatkan khidmat pemain kebangsaan England itu.

Goal melaporkan bahawa rundingan telah menjadi sangat rumit, tetapi kedua-dua pihak mencapai kesepakatan pada lewat hari Khamis di mana West Ham akan membayar yuran pinjaman £ 1.5 juta dan membiayai keseluruhan gaji Lingard.

Pasukan David Moyes mengalahkan persaingan dari Sheffield United dan West Brom, yang turut berminat untuk menandatangani pemain antarabangsa England itu.

Namun Lingard dilaporkan lebih berminat dengan tawaran daripada West Ham yang akan membolehkannya bergandingan semula dengan David Moyes.

Beberapa bulan lalu, Lingard turut dikaitkan dengan Inter Milan. Ini kerana Antonio Conte mahu menjadikan Lingard sebagai back up kepada pemain utamanya.

Lingard hanya membuat dua permulaan untuk United musim ini, yang menyebabkan keinginannya untuk pergi untuk mengejar minit permainan yang lebih banyak.

Lingard mahu menempatkan dirinya dalam pasukan England yang akan beraksi dalam Euro akan datang. Lingard antara pemain penting dalam skuad Southgate di Piala Dunia yang lalu.

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini mengecualikan Lingard daripada tugasan Piala FA menentang Liverpool. Ianya dipercayai kerana mahu memuktamadkan proses rundingan tersebut.

Kontrak semasa Jesse Lingard masih ada sehingga 2022.

Lingard merupakan pemain graduan akademi Man United. Beliau merupakan pemain yang boleh beraksi sebagai no.8, no.10 dan pemain sayap.

Kualiti itu ditagih David Moyes dalam usaha mereka mengekalkan rentak cemerlang mereka musim ini. Diharap kehadiran Lingard akan membantu West Ham mara ke kejohanan seperti Europa League pada musim hadapan.

Pada ketika ini West Ham berada di kedudukan kelima dalam carta Liga Perdana Inggeris.

 

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di