TERKINI: Manchester City Mahu Kane Ganti Aguero, Sedia Bayar €100 Juta

Koresponden terpercaya, Christian Falk melaporkan bahawa Manchester City mahu membawa masuk Harry Kane pada musim panas akan datang.

Man City malah sedia membayar €100 juta untuk penyerang Tottenham Hotspur tersebut.

Pep Guardiola mendapati Harry Kane sangat sesuai untuk menjadi pengganti Sergio Aguero pada jangka masa panjang. City sedia menawarkan pakej bonanza kepada Kane dan kontrak jangka panjang.

Kane yang baru berusia 27 tahun telah menjadi salah seorang penyerang paling prolifik dalam sejarah EPL. Dan beliau merupakan kapten pasukan kebangsaan Tiga Singa.

Ketika artikel ini ditulis, Kane dengan hebatnya sudah mencetak 152 gol liga, dan memenangi 2 kasut emas di EPL. Beliau kekal dalam pemburuan kasut emas ketiganya.

Walaupun memiliki rekod gol yang luar biasa dan karier yang serba serbi cemerlang, namun kepincangan Kane adalah tiada trofi setakat ini.

Manchester City dilihat destinasi terbaik untuk Kane menamatkan kemarau penantian trofinya. Tetapi Pep Guardiola dikatakan tidak akan terburu buru untuk membawa masuk Kane pada Januari 2021.

Pep Guardiola menyatakan bahawa City memang tak akan membeli sebarang pemain pada Januari.

“Tak [kami tak akan membeli sebarang pemain], saya rasa kerana situasi ekonomi di seluruh dunia. Dan itulah sebabnya.”

“Kelab kami pun sedang bergelut sama seperti kelab lain.”

Sergio Aguero terus berdepan dengan isu kecergasan pada musim ini. Beliau sudah berusia 32 tahun merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah Manchester City dengan 256 gol di dalam akaunnya.

Oleh kerana isu kecergasan dan kecederaan beliau, Pep Guardiola kini memburu seorang lagi nombor 9.

Adakah Harry Kane akan menukar pasukannya daripada Spurs ke City pada musim hadapan?

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di