TERKINI: Maradona Menjalani Pembedahan Bahagian Otak

Legenda bola sepak, Diego Maradona dilaporkan perlu menjalani pembedahan di bahagian otak di Buenos Aires pada Selasa.

BeIn menyatakan bahawa, langkah itu diambil untuk mengeluarkan darah beku daripada bahagian otak beliau.

Doktor peribadi Maradona iaitu Dr. Leopoldo Luque turut mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara tersebut.

Namun Luque membayangkan bahawa tidak ada apa yang perlu dirisaukan tentang prosedur itu.

Dr Leopoldo berkata:

“Saya akan melakukan pembedahan ke atas beliau. Ini adalah pembedahan rutin.”

Sebelum ini Maradona dimasukkan ke hospital. Dan dikatakan tidak ada perkara yang serius menimpanya. Membuatkan beliau terpaksa melupakan tugasannya seketika.

Maradona memang kerap dimasukkan ke hospital kerana kondisi kesihatannya yang agak membimbangkan.

Maradona, yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dan arak yang menjadi punca kenapa beliau seringkali berdepan dengan masalah kesihatan.

Malah, sebelum ini Maradona pernah mengalami dua serangan jantung dan dijangkiti hepatitis.

Pemenang Piala Dunia 1986 itu baru sahaja meraikan ulang tahunnya yang ke-60 minggu lalu.

Maradona dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman.

Beliau mengetuai Argentina dan Napoli menggapai kegemilangan di dalam sejarah bola sepaknya.

Maradona seringkali dibandingkan dengan Pele, untuk menjadi pemain terbaik sepanjang zaman dalam sejarah bola sepak.

Beliau terkenal dengan gaya permainan yang lincah dan ketajaman di hadapan gol.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan