TERKINI: Mbappe Beritahu PSG Dia Tak Akan Lanjutkan Kontraknya

Kylian Mbappe telah memberitahu PSG bahawa dia tidak akan mengaktifkan kontrak lanjutan pilihan 12 bulan lagi selepas kontraknya berakhir 2024.

Dalam kontrak Mbappe, dia boleh mengaktifkan kontrak itu atas keinginan sebelah pihak, iaitu beliau sendiri.

Mbappe dilaporkan sudah bercakap dengan pengurusan tertinggi PSG dan sudah menghantar surat penjelasan rasmi tentang perkara itu.

Perkara itu untuk membolehkan PSG membuat keputusan tentang kedudukan beliau di kelab itu.

Jika PSG tidak mahu kehilangan Mbappe secara percuma, maka kelab itu boleh menjual pemain itu segera pada jendela perpindahan pra musim ketika ini.

PSG baru sahaja kehilangan Lionel Messi secara percuma, selepas membayar gaji yang sangat tinggi untuk bintang Argentina itu.

Dan mereka dilaporkan mungkin tak sanggup kehilangan Mbappe secara percuma. Kerana pernah membayar €180 juta untuk mendapatkan pemain itu dari AS Monaco.

Mbappe dikatakan sudah membuat keputusan untuk tidak melanjutkan kontraknya di PSG sebaik sahaja PSG disingkirkan oleh Bayern Munich dari peringkat 16 akhir UCL.

Pemergian Mbappe adakah kehilangan terbesar buat PSG. Dia merupakan ikon bola sepak Perancis pada masa kini dan juga baru dilantik menjadi kapten PSG musim lalu.

Mbappe dilihat sebagai pemain yang akan mengambil alih tempat sebagai pemain terbaik dunia selepas era Messi dan Ronaldo.

Selain itu PSG sudah memberikan kuasa luar biasa ala pemilik kepada Mbappe. Menjadikan pemain itu teras projek sukan mereka.

Mbappe malah satu satunya pemain yang dianggap ada klausa ‘player bigger than a club’. Dia boleh bersuara dalam isu jual beli pemain dan perlantikan jurulatih serta pengarah sukan di kelab itu.

Oleh sebab itu dia ada kuasa nak aktifkan klausa setahun dalam kontraknya sendiri.

Musim lalu, PSG menolak tawaran sekitar €180 juta daripada Real Madrid untuk mendapatkan Kylian Mbappe.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Florentino Perez yang menyindir PSG.

Di mana Perez menyatakan dia hairan bagaimana ada sebuah kelab boleh menolak tawaran sekitar €180 juta. Dan mempersoalkan dari mana kelab itu mendapat wang begitu banyak sehingga tidak pandang langsung bidaan sebesar itu untuk pemain mereka.

Walaupun pernah discam Mbappe sebelum ini, Real Madrid tidak pernah mengeluarkan nama Mbappe daripada senarai pemain yang mereka mahukan.

Kerana Real Madrid percaya pemain seperti Kylian Mbappe menepati ciri ciri pemain bintang besar yang sesuai untuk Real Madrid.

Dengan berita Kylian Mbappe menolak untuk kekal setahun lagi selepas kontraknya berakhir 2024, maka Real Madrid dikatakan sedia untuk mendapatkan pemain itu.

Terutama sekali selepas kehilangan Karim Benzema yang pergi menyertai kelab Arab Saudi, Al Ittihad.

Jika Mbappe meninggalkan PSG, maka peminat kelab itu juga pasti harus bersedia kehilangan Neymar.

Ini selepas PSG menyenaraikan Neymar sebagai pemain untuk dijual, kerana mahu melanjutkan kontrak Messi sebagai keutamaan.

Peminat PSG turut mendesak kelab menjual Neymar dan membandingkan pemain itu dengan Mbappe.

Adakah PSG akan u turn dalam polisi mereka ke atas Neymar?

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu