TERKINI: Nike Dan Trivago Setia Bersama Chelsea

Nike dilaporkan tak jadi tinggalkan Chelsea dan mengekalkan perkongsian penajaan dengan Chelsea walaupun kerajaan Britain mengenakan sekatan keras ke atas Roman Abramovich dan kelab itu berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Roman Abramovich dituduh sebagai salah seorang oligarki Kremlin yang menjadi orang kuat Vladimir Putin. Abramovich sudah menafikan perkara tersebut.

Ketika ini terdapat 6 sekatan untuk Roman Abramovich

1. Semua aset yang dimiliki oleh Abramovich dibekukan.

2. Chelsea masih boleh beroperasi di bawah lesen khas, tetapi penjualan saham kelab yang sedang berjalan adalah dilarang.

3. Chelsea tidak dibenarkan memindahkan pemain atau melanjutkan kontrak pemain.

4. Chelsea tidak dibenarkan menjual barangan dan kedai kelab telah ditutup.

5. Chelsea tidak dibenarkan menjual tiket setiap perlawanan, namun pemegang tiket pas bermusim masih boleh menonton perlawanan Chelsea.

6. Peminat Chelsea dilarang menghadiri perlawanan di tempat lawan.

Tekanan kerajaan itu membuatkan beberapa penaja mulai mempertimbangkan untuk memutuskan hubungan dengan Chelsea.

Chelsea semakin dihimpit kesulitan selepas Abramovich menerima pelbagai sekatan daripada kerajaan British. Ini menyebabkan beberapa penaja menarik diri daripada The Blues, termasuk syarikat komunikasi ‘Three’ yang merupakan penaja utama kelab itu.

Nike tetap setia

Manakala Nike sebagai jenama gergasi peralatan sukan dari Amerika Syarikat setakat ini tidak mengambil sikap seperti syarikat lain yang menjalankan perniagaan dengan Chelsea – tegas The Athletic.

“Sumber yang rapat dengan pembuat kit Nike telah memaklumkan The Athletic bahawa hubungan dengan Chelsea dikekalkan,” kata jurucakap tersebut.

Selain daripada Nike, Trivago juga dikatakan masih setia bersama sama dengan Chelsea.

Sebelum ini, Nike dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menarik balik tajaan daripada Chelsea berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine. Jika itu berlaku maka Chelsea akan semakin sukar dari segi kewangan.

Ini kerana mereka sudah kehilangan penaja besar seperti Three. Jika Nike juga angkat kaki, maka Chelsea benar benar dalam masalah.

Kontrak mega Nike dan Chelsea

Kontrak Nike bersama Chelsea sebelum ini dimeterai pada 2016 dan durasianya adalah selama 15 tahun. Jika Nike menarik balik tajaan, juara bertahan Liga Juara-Juara itu akan kehilangan baki £540 juta daripada £900 juta kontrak tersebut.

Dalam kerjasama ini, Nike bertanggungjawab menghasilkan jersi pemain semasa perlawanan termasuk pakaian latihan dan jersi replika yang dijual kepada peminat.

Akaun bank pula dibekukan kerajaan

Chelsea ketika ini masih dibenarkan beroperasi sebagai kelab bola sepak menggunakan lesen khas.

Jurucakap perdana Menteri Britain menjelaskan bahawa lesen khas itu diberikan untuk membolehkan proses penjualan kelab. Kerajaan turut membenarkan penyiar untuk terus menyiarkan mana mana perlawanan Chelsea seperti di dalam kontrak penyiaran.

Selain itu laporan oleh koresponden Kaveh Solhekol menyatakan bahawa akaun wang Chelsea turut dibekukan oleh Barclays.

Ini kerana Barclays mahu tahu aliran tunai wang tersebut jika Chelsea diberikan akses kepadanya.

Bukan itu sahaja, kad kredit kelab yang digunakan oleh staf Chelsea juga dibekukan sementara waktu.

Chelsea berharap pembekuan akaun itu hanyalah sementaran kerana mereka memiliki tanggungan kos operasi yang sangat tinggi pada ketika ini.

Musim lalu Chelsea menjuarai Liga Juara Juara Eropah. Dan musim ini mereka sudah memenangi Piala Super Eropah dan Piala Dunia kelab.

Chelsea kini masih memburu slot ke UCL musim hadapan.

Mereka sebelum ini berusaha melanjutkan kontrak beberapa pemain termasuk Rudiger, Christensen dan Azpilicueta.

Berdasarkan situasi semasa, kesemua rundingan untuk kontrak dengan pemain pemain tersebut adalah tidak dibenarkan.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu