TERKINI: Nike Mahu Gantung Tajaan, Chelsea Bakal Rugi £540 Juta

Daily Mail melaporkan bahawa Nike kini mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menjadi penaja Chelsea.

Chelsea dan Nike sebelum ini memeterai perjanjian besar bernilai £900 juta dengan kontrak 10 tahun pada 2016.

Roman Abramovich kini ada 81 hari lagi untuk menjual Chelsea. Namun dia tidak boleh mengambil sebarang keuntungan daripada penjualan tersebut.

Abramovich mendapat sekatan daripada kerajaan UK dengan semua asetnya dibekukan. Namun aset terbesarnya di UK, Chelsea masih dibenarkan beroperasi dengan lesen khas.

Jurucakap perdana Menteri Britain menjelaskan bahawa lesen khas itu diberikan untuk membolehkan proses penjualan kelab.

Chelsea juga masih boleh dijual oleh Abramovich dengan syarat seperti dinyatakan di atas.

Chelsea kini tidak dibenarkan untuk membeli pemain, menjual barangan kelab, menjual tiket hari perlawanan dan juga dilarang melanjutkan kontrak pemain.

Pemain pemain yang menuju ke bulan terakhir kontrak mereka dilihat tiada peluang untuk terus kekal di Chelsea.

Selain itu hotel kelab juga ditutup. Chelsea malah sedang mencari hotel lebih murah untuk perlawanan di luar negara bagi mengurangkan kos operasi.

Kerajaan bagaimanapun membenarkan penyiar untuk terus menyiarkan mana mana perlawanan Chelsea seperti di dalam kontrak penyiaran.

Hanya pemegang pas bermusim sahaja dibenarkan hadir ke perlawanan di Stamford Bridge. Tiada penjualan tiket individu lagi selepas ini.

Tekanan daripada kerajaan dan penggantungan tajaan oleh beberapa penaja membuatkan Nike turut menilai potensi untuk menggantung tajaan mereka untuk Chelsea.

Daripada angka tajaan £900 juta, Nike dan Chelsea masih ada baki kontrak bernilai £540 juta. Itulah angka yang mereka berpotensi hilang atau rugi.

Baca juga: Selepas Chelsea Dibekukan, ‘3’ Gantung Tajaan Tanda Sokongan Kepada Ukraine

Syarikat telekomunikasi Three telah menggantung sementara tajaan mereka ke atas Chelsea.

Dalam kenyataan rasminya, Three menjelaskan:

Ukraine: Three mengumumkan pakej sokongan sambungan untuk pelarian yang tiba di UK

Rangkaian mudah alih Three hari ini mengumumkan pakej sokongan baharu untuk pelarian Ukraine yang tiba di UK. Mulai Khamis 10 Mac, kad SIM pramuat (preloaded) 30 hari percuma Pay as You Go akan disediakan kepada mana-mana pelarian yang masuk daripada wilayag konflik di Ukraine.

Ini termasuk panggilan domestik tanpa had, teks dan data untuk digunakan di UK.

Langkah itu menguatkan solidariti Three yang diumumkan sebelum ini kepada warga Ukraine, setelah mengalih keluar caj ‘roaming’ antarabangsa di mana-mana sahaja di Ukraine, serta caj yang berkaitan dengan panggilan dan teks dari UK ke Ukraine, yang akan dikreditkan semula ke akaun pelanggan.

SIM pramuat tersedia secara percuma kepada semua pelarian daripada konflik di Ukraine kini di UK melalui kedai Three iaitu 311 yang terletak di negara ini.

Elaine Carey, Ketua Pegawai Komersial di Three UK & Ireland, berkata: “Hati kami adalah bersama dengan rakyat Ukraine pada masa yang traumatik ini. Sebagai rangkaian mudah alih, cara terbaik yang boleh kami sokong ialah memastikan pelarian yang tiba di UK daripada konflik dan pelanggan yang kini berada di Ukraine boleh terus berhubung dengan orang yang penting bagi mereka.

Seterusnya Three menyatakan bahawa mereka sudah menyatakan permohonan rasmi untuk menggantung tajaan bernilai £40 juta semusim dengan Chelsea.

Dalam kenyataan, Three menjelaskan bahawa mereka sudah meminta agar logo atau jenama mereka ditanggalkan dari jersi dan juga dari perkarangan kompleks bola sepak Chelsea termasuk Stamford Bridge.

Dalam kenyataannya, Three berkata:

Berdasarkan sekatan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, kami telah meminta Kelab Bola Sepak Chelsea menangguhkan sementara tajaan kami terhadap kelab itu, termasuk mengeluarkan jenama kami daripada baju dan di sekitar stadium sehingga diberitahu kelak.

Kami menyedari bahawa keputusan ini akan memberi kesan kepada ramai peminat Chelsea yang mengikuti pasukan mereka dengan penuh semangat. Walaubagaimanapun, kami merasakan bahawa berdasarkan keadaan, dan sekatan Kerajaan yang sedia ada, ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

Dalam aksi berdepan Norwich, dilihat Chelsea masih memakai jersi dengan logo ‘3’ walaupun sudah diarahkan untuk menangalkannya.

Sebelum sepak mula terdapat laporan menyatakan bahawa kitman Chelsea cuba mencari jersi kosong di Sport Direct untuk digunakan dalam perlawanan ini.

Nizar Kinsella kemudian menyatakan perkara itu berlaku mungkin kerana kekangan masa untuk Chelsea mencari jersi khas untuk perlawanan ini.

Selain daripada Three, penaja jersi latihan Chelsea iaitu Hyundai juga sedang mempertimbangkan untuk menggantung sementara tajaan mereka.

 

Chelsea dibekukan kerajaan UK

Sebelum ini Roman Abramovich mengumumkan bahawa dia mahu menjual Chelsea. Langkah yang dianggapnya sebagai langkah terbaik untuk kelab terutama sekali untuk para penyokong.

Roman Abramovich kemudian menegaskan bahawa beliau akan ‘menghalalkan’ hutang Chelsea secara peribadi dengan beliau. Di mana Chelsea dilaporkan berhutang £1.5 billion dengan Roman Abramovich,

Ini adalah atas dasar cintanya kepada kelab, dan tidak mahu ia akan menjadi beban kepada Chelsea di masa akan datang serta menyukarkan pemilik baharu.

Bukan itu sahaja, Abramovich yang sebelum ini menafikan dia menyokong perang di Rusia telah berjanji bahawa hasil daripada penjualan kelab akan diagihkan sepenuhnya kepada mangsa perang di Ukraine termasuk menyokong pemulihan pada masa panjang menerusi Yayasan Chelsea yang berkebajikan.

Dalam kenyataan rasminya, Abramovich berkata:

Saya ingin menangani spekulasi di media sejak beberapa hari lalu berhubung pemilikan saya terhadap Chelsea FC. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya sentiasa mengambil keputusan dengan mengutamakan kepentingan kelab. Dalam situasi semasa, saya telah mengambil keputusan untuk menjual kelab, kerana saya percaya ini adalah demi kepentingan kelab, peminat, pekerja, serta penaja dan rakan kongsi kelab.

Penjualan kelab tidak akan serta merta tetapi akan mengikut proses yang sewajarnya. Saya tidak akan meminta sebarang pinjaman dibayar balik. Ini tidak pernah mengenai perniagaan atau wang untuk saya, tetapi mengenai semangat murni untuk permainan dan kelab.

Selain itu, saya telah mengarahkan pasukan saya untuk menubuhkan yayasan amal di mana semua hasil bersih daripada jualan kelab ini akan didermakan. Yayasan itu akan menjadi untuk manfaat semua mangsa perang di Ukraine. Ini termasuk menyediakan dana kritikal untuk keperluan mendesak dan segera mangsa, serta menyokong kerja pemulihan jangka panjang.

Harap maklum bahawa ini adalah keputusan yang sangat sukar untuk dibuat, dan saya menyakitkan untuk berpisah dengan kelab dengan cara ini. Bagaimanapun, saya percaya ini adalah demi kepentingan terbaik kelab.

Saya berharap saya akan dapat melawat Stamford Bridge buat kali terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anda semua secara peribadi. Menjadi sebahagian daripada Chelsea FC merupakan satu keistimewaan seumur hidup dan saya berbangga dengan semua pencapaian bersama kami. Kelab Bola Sepak Chelsea dan penyokongnya akan sentiasa berada di hati saya.

Terima kasih.

Abramovich kemudian sudah memaklumkan tentang penjualan tersebut kepada beberapa pembida. Dan mahu menyegerakan proses penjualan kelab kerana Chelsea antara aset Abramovich yang berisiko untuk dibekukan selain daripada rumah mewah dan beberapa aset yang lain.

Namun usaha untuk menjual Chelsea kini terhalang buat masa ini. Ianya selepas kerajaan UK memutuskan untuk mengenakan sekatan kepada oligarki Rusia itu yang dikaitkan dengan sokongannya ke atas Vladimir Putin.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah menjadi antara faktor kepada tindakan kerajaan UK yang sebelum ini sudah lama menyiasat tentang salah laku Abramovich yang dikaitkan dengan korupsi dan dikatakan merupakan salah seorang golongan oligarki Kremlin. Mereka dikaitkan sebagai golongan kaya raya yang menyokong Vladimir Putin dalam banyak perkara termasuk pencerobohan ke atas Ukraine.

Aset Abramovich dibekukan

Kerajaan UK melabel tindakan Rusia itu sebagai menceroboh, mengancam intergriti melangkaui sempadan negara merdeka Ukraine.

Vladimir Putin dan Roman Abramovich dikatakan sangat rapat selama berdekad lamanya. Malah syarikat Abramovich antara syarikat yang terlibat dalam membantu dalam menyediakan kelengkapan ketenteraan yang digunakan dalam serangan kali ini.

Kenyataan rasmi kerajaan UK bagaimanapun menyatakan bahawa, Chelsea akan diberikan kelonggaran khas untuk terus beroperasi sebagai sebuah kelab bola sepak.

Namun Chelsea dilarang sama sekali untuk menjual lagi tiket perlawanan ataupun pas bermusim kepada penyokong mahupun jualan cendera mata.

Bukan itu sahaja, dalam tempoh dianya dibekukan, Chelsea dilarang untuk memberikan kontrak baharu kepada para pemain serta tidak boleh membeli pemain baharu.

Kenyataan UK berkata: “Persatuan ini turutu mendapatkan manfaat kewangan atau faedah material lain daripada Putin dan Kerajaan Rusia. Ini termasuk pelepasan cukai yang diterima oleh syarikat yang dikaitkan dengan Abramovich, membeli dan menjual saham dari dan ke negeri pada kadar khas, dan kontrak yang diterima menjelang Piala Dunia 2018.”

“Oleh itu, Abramovich telah menerima layanan berbentuk keutamaan dan konsesi daripada Putin dan kerajaan Rusia.”

Roman Abramovich sudah berkali kali menafikan kaitannya dengan tuduhan yang mengaitkannya menyokong peperangan di Ukraine. Dia malah sedia mendermakan kesemua hasil jualan Chelsea untuk pemulihan selepas perang di Ukraine. Dengan menjangkakan bahawa dia akan menerima lebih GBP3 billion daripada penjualan The Blues.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu