TERKINI: Quatararo Terbabas, Impian Kejuaraan Dunia Musnah!

Malang ditimpa tangga, itulah yang terjadi kepada Fabio Quartararo dalam saingan MotoGP pada hari ini.

Musim ini merupakan musim penuh harapan buat El Diablo dalam usahanya menjuarai kejuaraan dunia sulung dalam kariernya.

Namun beliau dipintas oleh Joan Mir selepas beberapa siri perlumbaan yang bermasalah buat beliau.

Dan pada hari ini, sebentar tadi Quartararo terbabas, kerana masalah dengan brek pada motosikalnya.

Dengan itu beliau gagal untuk mendapatkan sebarang mata daripada GP Valencia dan menamatkan impiannya untuk menghidupkan impian kejuaraan dunia pada musim ini.

Yamaha pastinya harus menyalahkan diri sendiri. Sudah beberapa perlumbaan para pelumba mereka meminta mekanik pasukan mereka melakukan perubahan lebih baik selepas kehambaran dalam beberapa siri perlumbaan terakhir.

Yamaha sudah sah tidak mampu menjuarai dua kategori iaitu pengeluar dan berpasukan. Dan kini perjuangan Fabio Quartararo pula terkandas.

Fabio Quartararo memulakan musim ini dengan sangat cemerlang. Namun prestasi selepas pertengahan musim membuatkan beliau terus bergelut di carta kejuaraan pelumba.

Joan Mir kini berpeluang cerah untuk menamatkan penantian lama Suzuki dalam kejuaraan dunia. Dan menjadi juara sulung dalam kariernya di kelas premium.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di