TERKINI: Real Madrid Capai Kesepakatan Dengan Rudiger – Fabrizio Romano

Real Madrid dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Antonio Rudiger bagi perpindahan secara percuma kelab itu pada musim hadapan.

Rudiger masih belum melanjutkan kontraknya bersama Chelsea. Walaupun beberapa tawaran dan telah dikemukakan kepadanya.

Kontrak semasa bermain itu akan berakhir pada akhir musim ini. Ini bermakna dia boleh pergi secara percuma sebagai ejen bebas.

Menurut sumber Fabrizio Romano, persetujuan verbal di antara Real Madrid dengan Antonio Rudiger sudah pun dicapai. Namun belum ada kontrak rasmi ditandatangani setakat ini.

Real Madrid sudah lama mengikuti perkembangan pemain itu. Lebih-lebih lagi ketika Rudiger berjaya bangkit menjadi salah seorang pemain pertahanan tengah terbaik di Eropah dalam dua musim terakhir ini.

Sebelum ini Rudiger dikatakan meminta gaji yang lebih besar daripada tawaran yang dikemukakan oleh Chelsea.

Walaubagaimanapun pemain itu masih mengutamakan Chelsea sebagai pilihan untuk bermain pada musim akan datang.

Begitu juga dengan pengurus Chelsea iaitu Thomas Tuchel yang sememangnya mahukan pemain itu kekal untuk terus menjadi sebahagian daripada pemain penting dalam projek beliau.

Tetapi berlaku kerumitan dalam rundingan kontrak apabila Chelsea dilarang untuk melanjutkan kontrak pemain mereka sehingga kelab tersebut mendapat pemilik baharu.

Semua ini kerana sekatan yang dikenakan oleh kerajaan United Kingdom ke atas kelab yang dimiliki oleh oligarki Rusia, Roman Abramovich.

Oleh sebab itu rundingan lanjutan dengan pemain pertahanan tengah berasal dari Jerman itu tergendala.

Selain daripada Real Madrid, pasukan gergasi Jerman iaitu Bayern Munich juga berminat dengan khidmat Antonio rudiger.

Kelab dari Jerman itu mahu mencari pengganti kepada Niklas Sule yang sudah mengesahkan bahawa beliau akan berpindah pada musim hadapan.

Walaubagaimanapun Bayern Munich tidak mengambil langkah lebih proaktif dalam mendapatkan Antonio Rudiger.

Kelab Sepanyol Real Madrid merasakan bahawa Rudiger adalah calon terbaik untuk mereka bawa masuk bagi mengisi kekosongan yang sebelum ini ditinggalkan oleh Sergio ramos dan juga Varane.

Rudiger mengikut jejak Hazard sebelum ini. Di mana pemain itu pergi ke Real Madrid selepas musim cemerlang beliau bersama Chelsea. Cuma bezanya Real Madrid tidak menunggu sehingga Hazard menjadi perpindahan percuma. Sebaliknya membayar £100 juta untuk Hazard yang baki kontraknya ketika itu kurang enam bulan lagi.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di