[TERKINI] Ruben Dias Pemain Terbaik Tahunan EPL Musim 2020/21

Ruben Dias telah terpilih sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) Musim 2020/2021. Bek tengah Manchester City mengikuti jejak rakan sepasukan Kevin De Bruyne, yang meraih anugerah itu pada 2019/2020.

Dia mengalahkan tujuh calon lain untuk anugerah itu di De Bruyne (Man City), Bruno Fernandes (Man United), Jack Grealish (Aston Villa), Harry Kane (Spurs), Mason Mount (Chelsea), Mohamed Salah (Liverpool) dan Tomas Soucek (West Ham).

Hasil undian orang ramai dan 20 kapten kelab serta panel bola sepak telah diambil kira dan majoriti bersetuju meletakkan Dias sebagai pemenang.

Pertahanan Keempat Memenangi POTS

Dias merupakan pemain pertahanan ke-4 dalam sejarah yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan, mengikuti jejak langkah pemain Manchester United, Nemanja Vidic (2 kali), bekas kapten City, Vincent Kompany dan pemain Liverpool, Virgil van Dijk pada musim lalu.

Beliau juga merupakan pemain Portugal kedua yang memenangi anugerah itu, selepas Cristiano Ronaldo untuk United pada tahun 2006/2007 dan 2007/2008.

Rúben Dias hanya pemain kedua yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan EPL dalam kempen sulung mereka sejak Kevin Phillips pada tahun 1999/2000.

Carragher Mengaku Undi Dias

“Saya tidak fikir Manchester City telah benar-benar menggantikan Kompany dan tidak memiliki pemimpin di barisan pertahanan sehingga ketibaan Dias, “kata legenda Liverpool, Jamie Carragher, yang terlibat dalam pemilihan POTS sebagai panel yang turut mengaku mengundi Dias.

“Saya rasa barisan pertahanan rapuh City menggagalkan usaha mereka untuk bersaing pada musim lalu, tetapi mereka memperbaikinya musim ini dengan Dias. Walaupun dia masih muda, beliau menunjukkan gaya permainan yang matang.”

“Kehebatannya menyusun barisan pertahanan dan rekod clean sheets untuk City musim ini sangat menakjubkan, tidak seperti awal musim di mana gawang mereka dibolosi dengan teruk.

“Anda pasti teringatkan perlawanan di Etihad di mana Leicester City menewaskan mereka 5-2, dan kemasukan Dias telah mengubah nasib mereka musim ini.”

Benteng Ampuh City

Pemain berusia 24 tahun itu tidak mengambil masa lama lama untuk mengadaptasi gaya permainan pasukan bimbingan Pep Guardiola dan leader di bahagian pertahanan City.

Beliau juga merupakan tonggak utama City ketika mereka mencatat kemenangan dalam 15 perlawanan berturut-turut, keempat terpanjang dalam sejarah EPL.

Dias mencatatkan 15 clean sheets, menang 23 dari 32 perlawanan yang dimainkan dan membuat 135 recovery, 23 blocks, 24 tackles dan 35 interceptions.

Dia juga membantu City memenangi Piala Liga serta mara ke final Liga Juara-Juara.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di