TERKINI: Yamaha Dipotong 50 Mata Kerana Ubahsuai Haram

Pasukan Yamaha menerima penalti 50 mata yang dipotong setelah terbukti melakukan pengubahsuaian tanpa izin pada enjin motosikal yang mereka gunakan.

Dipetik daripada The Race, Yamaha terbukti telah melakukan pengubahsuaian ini selepas perlumbaan MotoGP Jerez, pada fasa awal pembukaan musim 2020.

Pasukan dari Jepun itu mendapat penalti 50 mata kerana tidak menghormati protokol MotoGP.

Di mana; Setiap pasukan diminta untuk mendapatkan persetujuan /izin untuk membuat perubahan teknikal.

Tetapi Yamaha tidak mempunyai surat izin itu untuk menggantikan komponen yang mereka mahu ganti pada mesin mereka.

Pengilang dari Jepun mengalami masalah dengan injap yang digunakan pada powertrain V4 pada awal tahun 2020, kerana Valentino Rossi dan Franco Morbidelli tersingkir di Grand Prix Sepanyol dan Andalusia.

Menurut Autosport, Yamaha ketika itu memilih untuk menggantikan injap yang rosak pada beberapa enjin yang digunakan oleh kilang dan operasi kelas utama satelitnya dengan terus yang dari pembekal sekunder tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.

Oleh sebab itu mereka disiasat oleh FIM, dan pada Khamis, Yamaha diisytihar dipotong 50 mata bagi carta kategori pengeluar keseluruhannya.

Di samping itu, dalam kategori pasukan pula, kedua-dua pasukan Yamaha dan pasukan satelit Petronas SRT masing masing dikurangkan 20 dan 37 mata, mewakili mata yang diperoleh pasukan masing masing dalam GP Sepanyol.

Penalti tersebut berpotensi membuat Yamaha kehilangan peluang menjadi juara dunia sebagai pengeluar dan juga pasukan.

Kesannya, daripada kedudukan pertama / pendahulu keseluruhan, mereka kini turun ke tangga ketiga – untuk carta pengeluar – 13 di belakang pemimpin baru Ducati .

Pasukan Yamaha kilang (Monster Energy Yamaha)- turun dari tangga keempat ke tangga kelima dalam kedudukan pasukan. Pasukan kilang kini berada di belakang  KTM.

Sementara Petronas SRT kekal di tempat kedua, namun kini mereka memiliki jurang mata sangat besar di belakang Suzuki Ecstar.

Ini carta semasa:

Kategori pengeluar:
1. Ducati – 171
2. Suzuki – 163
3. Yamaha – 158
4. KTM – 143
5. Honda – 117
6. Aprilia – 36

Kategori pasukan

1. Team Suzuki Ecstar – 242
2. Petronas Yamaha SRT – 198
3. Ducati Team – 180
4. Red Bull KTM Factory Racing – 157
5. Monster Energy Yamaha MotoGP – 156
6. Pramac Racing – 128

Cuma yang sedikit melegakan daripada perkara buruk ini adalah, penalti yang diterima oleh Yamaha tidak akan memberi kesan kepada pelumba mereka.

Ini tetap akan memberikan tekanan kepada kem Yamaha. Kerana sudah pasti ada pelumba yang akan mempersoalkan perkara itu terutama sekali jika juara dunia musim ini daripada pasukan mereka.

Pada masa ini, terdapat tiga pelumba Yamaha yang masih berada dalam landasan persaingan gelaran dunia. Mereka ialah Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) dan Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha MotoGP).

Yamaha memulakan musim ini dengan sangat cemerlang walaupun berdepan dengan beberapa isu pada awalnya.

Namun sejak akhir akhir ini, terdapat beberapa halangan yang membuatkan pelumba sandaran mereka Fabio Quartararo kehilangan tempat pertama dalam carta pelumba kepada Joan Mir.

Mir yang konsisten meskipun tidak menang mana mana siri GP musim ini boleh menjadi juara dunia MotoGP yang pertama – juara tanpa kemenangan dalam siri.

Belum ada kenyataan rasmi daripada Yamaha, sama ada mereka akan mebuat rayuan tentang perkara ini.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan