Terus Tercicir, Rossi Kecewa Motor Kurang Cengkaman Pada Hari Marquez Kembali Ke Podium

Pelumba legenda, Valentino Rossi terus bergelut dengan prestasinya. Di litar Sachsenring – Pelumba SRT Petronas Yamaha, Valentino Rossi sekali lagi menelan kekecewaannya. Di mana Rossi telah menyatakan bahawa kegagalannya kali ini kerana permulaan yang hambar. Valentino Rossi memulakan perlumbaan MotoGP Jerman di petak 16.

Sejak awal Rossi tidak dapat keluar dari kumpulan belakang kerana persaingan yang sengit.

Rossi akhirnya harus berpuas hati di tempat ke-14 di MotoGP Jerman. The Doctor menamatkan 30 pusingan dengan ketinggalan 22.30 saat lebih di belakang Marc Marquez yang berjaya meraih podium dan kemenangan sekali lagi selepas 581 hari.

“Saya mempunyai perasaan yang baik dan sesi pemanasan yang baik. Saya berlumba dengan baik, menikmatinya dan mempunyai masa pusingan yang baik sehingga akhir sesi,” kata Rossi kepada laman rasmi Yamaha Racing.

“Masalahnya adalah bahawa semua perlumbaan sekarang adalah lebih sukar. Saya memerlukan permulaan yang baik, tetapi saya tidak memiliki segalanya sehingga saya terperangkap dalam persaingan yang ketat. Itu tidak mudah,” kata Rossi.

Valentino Rossi mendapat 2 mata, dan secara keseluruhannya berada di tempat ke-19 dalam kedudukan MotoGP 2021.

Rossi terus kempunan podiumnya. Pencapaian terbaik beliau musim ini adalah mendapat 10 teratas dalam GP Itali.

Rossi tetap mempertahankan motosikal di GP Jerman sebagai bagus dan tidak teruk.

Valentino Rossi mengatakan kelajuan motosikalnya di MotoGP Jerman tidak buruk. Namun, sudah tentu tidak cukup bagus untuk bersaing dengan pelumba lain.

Rossi kemudian mengadu kehilangan cengkaman pada tayar belakang yang membuatnya perlahan pada pusingan terakhir.

Namun Rossi menyatakan beliau akan cuba berlapang dada dan menerima keputusan yang dicapainya kali ini.

“Sebenarnya kelajuan saya tidak terlalu buruk, tetapi tidak mencukupi. Saya juga terpaksa berf di pusingan terakhir kerana saya mula menderita dengan kekurangan cengkaman di bahagian belakang. Kami mengambil beberapa mata, tetapi berharap lebih baik, “kata Rossi.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu