messi neymar

Tevez: Messi Di PSG ‘Half Half’ Je Berbanding Messi Versi Premium Untuk Argentina

Lionel Messi menyertai PSG pada musim panas lalu, meninggalkan kelab lama FC Barcelona dalam kisah perpindahan paling menggemparkan dunia pada musim ini.

Messi terpaksa dilepaskan Barcelona kerana kelab itu menanggung hutang yang sangat tinggi. Walaupun Messi sudah setuju dengan pemotongan hampir separuh gajinya, tetapi La Liga masih tidak dapat membenarkan Barcelona mendaftarkan Messi kerana peraturan FFP.

Dengan pemain Argentina itu bertemu semula dengan Neymar, serta bintang masa depan, Kylian Mbappe, terdapat jangkaan bahawa PSG akhirnya akan menguasai Perancis dan Eropah musim ini.

Walaubagaimanapun, ianya masih belum terbukti setakat ini. Gergasi ibu kota itu sekali lagi memenangi Ligue 1, tetapi Messi hanya menjaringkan enam gol dalam 25 perlawanan.

Mujur dia turut memberikan 13 assist. Rekod yang baik untuk pemain lain, namun untuk kelas Lionel Messi ianya adalah satu pencapaian terburuknya dari segi gol.

Dalam saingan Liga Juara-Juara Eroah pula, Messi melakukannya dengan lebih baik. Di mana kapten Argentina itu menjaringkan lima gol dalam tujuh perlawanan, namun PSG masih tersingkir daripada saingan pada peringkat 16 terakhir di tangan gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Kini, selepas musim yang buruk berdasarkan status seorang Messi, maka Carlo Tevez telah mendakwa bahawa Lionel Messi adalah pemain yang “sangat berbeza” dengan Argentina dengan pemain yang dia lihat ketika di Paris Saint-Germain pada 2021/22.

Tevez mempersoalkan kegembiraan Messi di PSG. Adakah dia segembira dia di Argentina ketika bersama di PSG?

Lantas Tevez menganggap versi Messi di PSG musim ini sebagai versi separuh separuh ataupun ‘half half’ sahaja.

Messi akan menjadi Messi sebenar versi penuh ketika bersama dengan Argentina.

Tevez berkata: “Yang satu adalah Messi yang berada di PSG dan satu lagi ketika dia datang ke pasukan kebangsaan.”

“Messi adalah benar benar berbeza ketika dia bersama dengan Argentina [di mana dia lebih baik] berbanding dengan di PSG [dia cuma separuh separuh sahaja].”

Adakah Messi tidak cukup gembira di PSG?

Sama ada Tevez betul atau tidak dalam penilaiannya terhadap Messi masih belum diketahui. Ya, dia mungkin tidak gembira di Paris dan itulah sebabnya sumbangan golnya merosot musim ini.

Tetapi harus diakui juga Messi masih dalam proses menyesuaikan diri dengan banyak perkara di Paris dan PSG.

Dia bukan pemain yang banyak berpindah sebelum ini.

Seterusnya, Thierry Henry pernah menjelaskan tentang kesukaran Messi di PSG. Menurut Henry, ianya berkaitan dengan sistem dan taktikal.

Bekas rakan sepasukan Messi itu berkata, Messi sebelum ini menyerlah dengan posisi sayap kanan di Barca kerana dia menjadi asas kepada sistem dan dia bergerak bebas.

Namun di PSG, Henry menganggap Messi sekarang sedang bermain dalam ‘pasukan Kylian’ yang menjadi ‘wajah’ utama permainan PSG ketika ini.

Jadi, dalam keadaan sekarang ini, lebih baik Messi beraksi di posisi lebih ke tengah iaitu penyerang tengah atau false 9.

“Messi adalah pemain yang tak banyak bercakap, tetapi dia bercakap menerusi bola. Buat masa ini, pasukan ini adalah pasukan Kylian. Bola akan banyak terus pergi kepada Kylian.”

“Dan pada masa yang sama, hanya boleh ada seorang je konduktor atas padang, kalau tidak, kamu tidak boleh bermain dengan tempo yang sama.”

“Dalam pasukan ini terlalu ramai konduktor pada ketika ini,” kata Henry merujuk kepada Neymar dan Mbappe turut mahu bermain dengan cara mereka sendiri dan mahu sistem mengikuti mereka.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari