Thomas Doll Kritik PSSI Panggil Pemainnya Sertai Latihan Piala AFF Ketika Liga Berlangsung

Jurulatih Persija Jakarta, Thomas Doll, antara jurulatih yang paling banyak mengkritik cara PSSI mengendalikan panggilan kebangsaan untuk skuad Indonesia.

Terbaru, tiga pemain pasukannya iaitu Hansamu Yama, Muhammad Ferarri dan Syahrian Abimanyu dilabel thimas Doll sebagai ‘terpaksa’ menyertai pasukan kebangsaan Indonesia. Panggilan tersebut dikatakan sangat mengejut.

Thomas Doll ternyata tidak gembira dengan cara PSSI memanggil pemainnya untuk menyertai skuad kebangsaan. Dia meminta komunikasi yang lebih baik antara kelab dan PSSI.

Beberapa jurulatih lain turut mengkritik PSSI kerana memanggil pemain mereka ketika liga berlangsung.

Misalnya Muhammad Ferarri yang terpaksa meninggalkan Persija sekali lagi, walaupun dia baru sahaja tamat sesi latihan pusat bersama pasukan kebangsaan B-20 Indonesia.

Thomas Doll menjelaskan bahawa pengalaman ini adalah kali pertama dalam kerjayanya. Dia melihat cara panggilan skuad kebangsaan yang huru hara.

Menurutnya, memanggil pemain mengejut ke kem latihan pasukan kebangsaan ketika saingan liga atau domestik masih berjalan adalah tidak wajar.

Alasan PSSI pula, jadial Liga 1 musim ini sangat padat. Dan itu sahaja cara mereka mengumpulkan pemain berlatih,

Thomas Doll berkata itu adalah pengalaman baharu baginya. Namun dia tidak boleh cakap lebih lebih sangat sebab di Indonesia seolah olah ramai yang sudah terbiasa dengan sistem itu dan menerimanya.

“Jadi bagi saya ia satu pengalaman baharu tetapi saya tidak suka ini. Kerana saya datang dari dunia berbeza, saya bermain dan saya melatih di negara lain,” kata beliau.

Dia kemudian menyatakan, di negara seperti Jerman, panggilan mengejut ke kem kebangsaan adalah tidak wajar dan akan menimbulkan konflik antara kelab dan pasukan kebangsaan.

“Di Jerman, anda bekerja untuk tidak dapat melakukan perkara seperti itu. Kemudian saya di sini, semua orang bersetuju dengan itu, okay saya hanya boleh mengatakan pendapat saya tetapi tidak mahu melebih lebih.” tegas beluau,

Dia kemudian berterus terang menyatakan dia tidak suka dengan keadaan itu.

“Saya tidak suka keadaan ini. Anda perlu bertanya kepadanya mengapa dia melakukannya,” kata Thomas Doll.

Jurulatih dari Jerman itu agak asing dengan sistem panggilan pemain di Indonesia. Selain itu dia pelik kerana ketika pemain pemainnya dihantar ke kem kebangsaan, dia tidak mendapat sebarang laporan prestasi atau kondisi pemainnya.

Dia tidak pernah sekali pun dihubungi oleh jurulatih pasukan kebangsaan tentang perkembangan pemain atau berkaitan panggilan kebangsaan.

“Saya kini 6 bulan di sini, tidak pernah dihubungi dengan jurulatih pasukan kebangsaan.”

“Tidak pernah sekali pun saya berusia 56 tahun, saya bermain selama bertahun-tahun, saya melatih selama lebih daripada 20 tahun, ini adalah kali pertama dalam hidup saya.”

“Saya tidak mempunyai komunikasi dengan seseorang yang bertanyakan keputusan latihan setakat ini. Saya tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini,” tegas beliau.

Dalam sidang media sama dia melihat seolah olah pertandingan liga domestik bukan perkara yang penting di Indonesia. Oleh sebab itu penjadualan liga dan panggilan kebangsaan adalah tidak teratur.

Dia menegaskan di negara Eropah, setiap pasukan akan menempuhi liga domestik dengan kesemua pemain mereka tersedia bukannya ada pasukan yang terpaksa kehilangan pemain mereka untuk tugasan kebangsaan.

Selain itu pertandingan Piala AFF adalah di luar kalendar antarabangsa FIFA. Ianya menimbulkan konflik kepada kelab dan pasukan kebangsaan.

Pasukan kelab berhak untuk tidak melepaskan pemain mereka bagi tugasan tersebut. Namun akhirnya beliau akur bahawa,

Dia meminta peminat Indonesia tidak salah anggap tentang kenyataannya: “Jangan salah tafsiran, saya sangat gembira pemain pemain saya dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan.”

Dia juga bangga kerana semakin ramai pemain kelabnya dibangunkan sehingga menjadi pemain kebangsaan. Namun dia menyeru agar PSSI dan penyelia pertandingan Liga 1 Indonesia untuk memperbaiki sistem bola sepak mereka.

 

Baca yang lain