Thomas Muller Kecam Taktikal Low Punca Jerman Pulang Awal

Thomas Muller memberikan sindiran dan kritikan ke atas pengurus Jerman, Joachim Low, setelah tersingkir di Euro 2020. Di mana Jerman disingkirkan England dalam aksi 16 akhir.

Ini adalah kali pertama Die Mannschaft kalah di tangan England dalam aksi kalah mati sejak 1966.

Low menilai kegagalan ini kerana pasukan mereka kurang tajam, kurang kreatif, keletihan dan tidak cukup bagus dalam membuat keputusan. Low berkata: “Ini kekecewaan yang besar untuk kami. Kepercayaan dalam diri ada dalam pasukan ini. Malangnya kita tidak memanfaatkan peluang yang kita ada dan akhirnya kita tersingkir.”

“Kami bekerja keras sepanjang 4 minggu terakhir ini. Para pemain menyesuaikan diri mereka dengan baik sekali.”

“Kami tidak memiliki kekuatan menembusi blok rendah mereka di bahagian depan. Kami masih mempunyai dua peluang besar [peluang keemasan]. Kami sangat kecewa. [Serge] Gnabry dan [Leroy] Sané tidak menunjukkan apa yang boleh mereka lakukan.”

“Mereka sebenarnya pemain yang bagus. Namun hari ini kami kekurangan kepandaian, pasukan ini masih perlu berkembang. Kami telah membina semangat berpasukan yang baik. Tetapi stamina kami hilang.”

Namun Muller ada pandangan berbeza dan menyerahkan kesalahan itu pada taktikal Joachim Low.

Thomas Muller yang turut menjadi sorotan media kerana kegagalannya menyempurnakan peluang terbuka dalam perlawanan tersebut. Ketika itu beliau berpeluang menyamakan kedudukan. Jika itu berlaku, mungkin perlawanan berbeza akan berlangsung selepas itu.

“Dengan niat untuk memastikan kami tak bolos – kami bermain dengan taktik kami yang agak meragukan, tidak kompak dan bertahan. Kemudian menggunakan strategi tunggu dan lihat. Inilah yang membuatkan kita gagal.”

“Kami jelas kalah [kerana taktikal],” kata Muller.

Joachim Low meletakkan lima pemain di barisan pertahanan yang menurut Muller telah mengurangkan sengat Jerman ketika menyerang kerana kekurangan pemain ofensif.

Selain itu, Muller menegaskan bahawa, gol pertama England memberikan mereka motivasi tambahan. Dan menyatakan bahawa setiap kekalahan akan memberikan dia motivasi baru.

“Dalam permainan seperti itu, pasukan yang menjaringkan gol pertama akan selalu menang,” sambung Muller.

“Saya selalu berusaha mengubah kekecewaan seperti ini menjadi tenaga positif tambahan.”

“Seperti biasa, saya mahu dan harus membuktikan diri saya,” tegas Muller.

Euro 2020 merupakan tugasan terakhir Joachim Low. Di mana beliau sudah memberitahu sebelum temasya lagi bahawa beliau akan melepaskan jawatan – walau apa sekalipun pencapaian mereka dalam Euro kali ini.

Jerman bergelut dengan prestasi sejak Piala Dunia 2018 lagi. Joachim Low gagal mendapat aura beliau sekali lagi pada Euro kali ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di