Tiada Kematian, 15 Kes Baharu, Angka Terendah Sejak PKP

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham hari ini telah mengumumkan bahawa kes baharu untuk cov-19 adalah 15 kes sahaja.

KKM telah mengemaskini data terbaru untuk kes cov-19 di Malaysia.

Angka 15 kes baharu dalam sehari ini adalah yang paling rendah dicatatkan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada pertengahan Mac lalu.

Daripada 15 kes baru yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada sembilan (9) kes penularan tempatan pula, empat (4) kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Terdapat tiga (3) lagi kluster iaitu Plaza Menara City One, Flat PKNS dan Petugas Kesihatan Sabah yang telah diisytiharkan tamat oleh pihak KKM. CPRC Kebangsaan KKM telah mengesahkan kesemua kluster.

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1265576344299229185

Terdapat 3 kluster yang melaporkan kes baharu positif Covid-19 iaitu:

– Tapak Pembinaan Setia Alam (2)
– Pudu (1)
– DTI Bukit Jalil (1)

Status kesembuhan

42 kes telah sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini. Angka terbaru ini telah menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,083 (bersamaan 79.84%).

Tiada angka kematian baharu yang dicatatkan pada hari ini.

KKM memberikan penghargaan kepada staf barisan hadapannya yang berkerja keras selama ini dalam memastikan peratusan kesembuhan berada pada tahap yang tinggi.

Dan berikut adalah rumusan keseluruhan kes cov-19 di negara kita setakat ini:

Namun ini bukan alasan untuk kita berasa selesa. Pastikan kita terus menjaga penjarakan sosial dan mengambil langkah kebersihan dan kesihatan.

Seterusnya sentiasa mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali