Tidak Endahkan Amaran Mbape, Neymar Makan Di Mekdi Lewat Malam

Pada awal musim lalu, Mbappe menyarankan agar PSG menjual Neymar kerana menurutnya pemain itu ada masalah disiplin terutama sekali dari segi gaya hidupnya yang suka berparti dan tidur lewat malam.

Namun beberapa kekangan membuatkan PSG tidak dapat menjual Neymar. Antara sebabnya, Neymar enggan berpindah, dan tidak mahu menerima pengurangan gaji jika dia dipinjamkan ke kelab lain atau dijual.

Gaji Neymar sangat tinggi di PSG. Galtier yang sudah menyatakan dia sedia menjual Neymar pada awal musim lalu kerana dia lebih memerlukan Messi dan Mbappe dalam pasukannya.

Tetapi pengurus itu kemudian menerima Neymar untuk terus kekal memandangan kelab tidak dapat menjual pemain itu.

Terbaru, PSG sekali lagi meneroka idea untuk menjual Neymar.

Kali ini kerana mereka mahu mengurangkan bil gaji pemain pemain mereka. Salah satu sebabnya adalah kerana FFP mahukan PSG mengurangkan bil gaji pemain mereka sehingga 30% kurang daripada yang ada sekarang.

PSG dalam pada masa yang sama mahu memberikan kontrak baharu kepada beberapa pemain termasuk Messi. Dan ini membuatkan mereka serius mempertimbangkan untuk menjual Neymar.

Neymar sekali lagi menjadi perhatian apabila pemain itu dilihat melepak di restauran makanan segera McDonald bersama rakan rakannya.

Ianya sehari selepas mereka habis bermain poker di casino berdekatan.

Kejadian itu berlaku pada hari mereka kalah di tangan Bayern Munich pada aksi pertama peringkat 16 akhir Liga Juara Juara Eropah.

Wartawan RMC melaporkan bahawa Neymar juga tidur lewat sekali lagi dan membelanjakan sekitar €10,000 untuk berjudi di casino.

Selepas kekalahan di tangan Bayern, Mbappe secara terbuka sudah memberikan amaran dan peringat kepada rakan rakannya agar menjaga kesihatan dan meminta semua mengamalkan gaya hidup sihat.

Ini menurut Mbappe penting untuk mereka bangkit pada aksi kedua nanti. Atau mereka akan menelan satu lagi kegagalan dalam kempen UCL.

Oleh itu RMC menyatakan bahawa Neymar sekali lagi tidak mengendahkan nasihat seperti itu.

RMC menulis: “Nasihat baik itu diabaikan Neymar, dia malah dilihat berada di McDonald di Paris selepas menikmati malam pokernya.”

Wartawan yang sama menyatakan bahawa PSG ibarat sarkas yang sedang membuat jelajah dunia ketika ini.

Imej itu viral di media sosial. Wartawan Daniel Raiolo menulis: “Mbappe pada malam Selasa lalu sudah berpesan, semua pemain harus makan sebaiknya dan tidur seckupunya.. kenudia pada Rabu malam, Neymar pergi main poker sehingga lewat malam dan makan di McDonald. Sarkas PSG sedang dalam jelajah dunia,” sindir wartawan itu.

“Baru semalam Mbappe pesan pasal jaga makan dan tidur, hari berikutnya dia [Neymar] pergi Hyatt menyertai perjudian poker bernilai €10,000. Itu memang tak masuk akal. Lelaki ini sedang tidak dapat mengawal kehidupanya.”

Apa yang pasti Mbappe pastinya kecewa dengan berita ini.

Baca yang lain