Tihana Nemcic: Kisah Model Seksi Yang Menjadi Coach Pasukan Lelaki Di Croatia

Nama Tihana Nemcic menjadi perhatian dunia selepas model cantik dari Croatia selepas satu gambarnya menimang bola tular.

Dan populariti itu menjadi lebih luas selepas beberapa media gergasi dunia juga bercerita tentang beliau.

Sebenarnya Tihana merupakan jurulatih kelab bola sepak, NK Viktorija Vojakovac. Jadi aksi menimang bola itu bukanlah aksi sekadar gimik ataupun pelancaran produk pemutih kulit.

NK Viktorija Vojakovac sebelum ini tidak dikenali langsung. Mana tidaknya, pasukan liga utama Croatia pun orang ramai tidak begitu arif, apatah lagi kelab tersebut beraksi di Divisyen kelima Liga Croatia.

Nemcic malah disenaraikan sebagai wanita pertama yang mengendalikan pasukan pemain lelaki. Viktorija Vojakovac menegaskan, mereka tidak mempunyai banyak alasan untuk menolak permohonan Nemcic.

Kerana menurut mereka model tersebut terbukti paling layak berbanding calon calon lain. Kelab tersebut menafikan sekerasnya mereka melantik Nemcic atas tarikan lain – seperti kecantikan dan keanggunan rupanya.

Nemcic mempunyai kemahiran bola sepak yang cukup baik sekali. Dia juga masih disenaraikan sebagai pemain dalam pasukan wanita Dinamo Zagreb wanita dan anggota pasukan kebangsaan wanita Croatia.

Nah! Mana resumenya tidak tinggi berbanding dengan calon lain. Tidak banyak jurulatih yang lebih baik rekodnya daripada beliau untuk liga divisyen 5 Croatia.

Nemcic ada alasan tersendiri ketika memutuskan  untuk menjadi jurulatih. Dan beliau merupakan wanita pertama menjadi jurulatih pasukan lelaki di Croatia.

Selain daripada minatnya dalam bola sepak, beliau juga memiliki tahap pendidikkan dalam bidang sukan yang sangat bagus.

Nemcic sendiri sebelum ini bekerja di dunia peragaan. Nemcic bahkan pernah menjadi finalis untuk Miss Sport Croatia 2008.

Namun Tihana Nemcic menyatakan bahawa bola sepak adalah di atas segalanya berbanding minatnya dalam bidang lain.

Tihana bukan sahaja pemain bola sepak padang yang bagus, beliau juga merupakan pemain futsal kebangsaan Croatia yang pernah bermain di Liga Itali.

Bukan itu sahaja, Tihana Nemcic juga penulis yang pernah menghasilkan buku berjudul Joker yang bercerita tentang futsal.

“Saya tak akan lupa detik saya masuk pertama kali ke gelanggang getah biru [futsal] itu. Ianya sekitar 2009. Dan kali pertama saya mendengar futsal pada usia 21 tahun. Apa itu futsal? Saya masa tu tertanya tanya.”

“Namun selepas saya bermain futsal pertama kali untuk fakulti saya, di Zagreb, saya teringat kepada bandar Krizevci, 10 tahun lalu. ”

“Bola membuatkan saya jatuh cinta kepada kota tersebut. Saya masa tu 12 tahun dan mencari kawan kawan. Namun saya sedar, bahawa, kawan baik anda tak semestinya manusia, ianya juga boleh jadi sebijik bola yang memiliki kuasa yang tidak ternilai.”

“Kuasa untuk membina persahabatan yang tidak akan pernah dilupakan.”

“Futsal boleh dikira sukan yang masih baru dan hanya popular beberapa tahun kebelakangan ini, di negara kita.”

“Kegembiraan sebenar saya adalah menyumbang kepada negara saya menerusi futsal. Sebagai sukan yang terus berkembang, saya juga berkembang.”

“Saya boleh katakan kami adalah kelompok penting dalam membina asas pembangunan sukan ini di negara kita.”

“Sukan futsal ini masih luas untuk kita jelajah termasuk dalam bidang kajian.”

Tihana malah menyatakan impiannya untuk membawa pasukan seperti Viktorija ke peringkat tertinggi bola sepak Croatia pada suatu hari nanti.

Walaupun beliau menguruskan pasukan lelaki, Tihana menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak menghadapi kesukaran dan para pemainnya juga menghormatinya sebagai jurulatih.

“Saya adalah ketua jurulatih dan saya mempunyai kebebasan penuh untuk membuat keputusan akhir dan merancang taktik pasukan,” kata Tihana kepada Daily Mail.

“Sekiranya seorang wanita dan seorang lelaki mempunyai kelayakan profesional yang sama untuk pekerjaan kejurulatihan, saya tidak melihat sebab mengapa saya tidak dapat memasuki bola sepak lelaki,” katanya.

“Jika seorang wanita dan lelaki itu ada kelayakan profesional menjadi jurulatih, maka, tiada alasan saya tak boleh terlibat dalam bola sepak lelaki.”

Ditanya tentang bagaimana beliau berada di bilik persalinan lelaki yang biasanya membuka baju dan seluar mereka.”

Nemcic berkata: “Kita ada peraturan. Pemain pergi masuk dahulu, dan salin pakaian mereka. Apabila selesai, maka seorang pemain akan memanggil saya.”

“Saya tidak akan sesuka hati masuk ke bilik persalinan yang penuh dengan lelaki dalam keadaan yang tidak sesuai.”

Sumber: Yahoo Sports / Vercenjzi / Daily Mail

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di