TMJ Minta Tolong Pemilik Kedah Nasihatkan Sanusi

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah meminta pemilik Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Daud Bakar agar menasihati presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Di mana TMJ sangat berharap Tan Sri Dr Daud Bakar dapat menegur Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar menunjukkan keperibadian sebenar sebagai seorang Menteri Besar.

Menerusi ruangan komen di Instagram Dr Daud Bakar, TMJ mendoakan kejayaan pasukan Kedah di masa akan datang.

TMJ berkata:

“Salam Tan Sri. Saya pernah berjumpa dengan Tan Sri di SSI (Stadium Sultan Ismail). Tan Sri orang yang baik dan saya berdoa semoga Allah kurniakan kejayaan buat Tan Sri dan Kedah FC.”

Seterusnya TMJ meluahkan rasa kecewanya melihat kelakuan Sanusi yang menurut TMJ telah memecah belahkan penyokong JDT dan Kedah terutama sekali orang Melayu beragama Islam.

TMJ menambah:

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta Tan Sri nasihatkan sikit Menteri Besar Kedah, cukup cukuplah memecah belahkan antara penyokong bola sepak Kedah dan Johor lagi lagi orang Islam Melayu kita.”

Lantas TMJ berpendapat, sudah tiba masanya agar Sanusi menjaga sikap dan keperibadiannya.

“Sudah tiba masanya untuk beliau jaga sikap dan bawa diri sebagai seseorang Menteri Besar dan bukannya Badut. Semoga Allah berkati Tan Sri.”

“Pemimpin akan melahirkan lebih ramai pemimpin, badut akan melahirkan lebih banyak badut,” tegas Tunku Ismail.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.