Todd Boehly Sedia Melabur Lebih Banyak Untuk Bantu Potter

Pemilik Chelsea, Todd Boehly dilaporkan sudah berkira kira untuk berbelanja besar sekali lagi pada jendela perpindahan yang akan datang.

Graham Potter mendapat tekanan yang kuat selepas satu lagi kekalahan ditelan Chelsea. Kali ini Chelsea kalah di tangan pasukan tercorot Southampton.

Itu menjadikan rekod 14 perlawanan terakhir Chelsea di bawah Potter sangat teruk. Mereka hanya menang 2 kali dalam proses tersebut.

Walaupun sudah berbelanja lebih GBP300 juta pada Januari lalu, Potter masih gagal memberikan impak ketika ini.

Musim ini sahaja perbelanjaan Chlelsea sudah GBB400 juta sejak Todd Boehly mengambil alih.

Chelsea malah membuatkan ramai kelab pesaing tidak selesa dengan corak perbelanjaan mereka.

UEFA sendiri sudah sedia memperkenalkan peraturan baharu agar kontrak pemain tidak lebih 5 tahun selepas ini.

Potter sangat bertuah kerana dia terus mendapat sokongan daripada pemilik.

Sebelum ini hierarki Chelsea sudah berjanji bahawa mereka hanya akan menilai kedudukan Potter pada akhir musim hadapan.

Memandangkan musim ini, Potter mengambil alih pada pertengahan musim.

Todd Boehly sangat menyokong Potter. Dia sendiri mengetuai rundingan dengan semua pemain yang dibeli Chelsea.

Ianya membuatkan rundingan lebih mudah apabila pemain bercakap sendiri dengan pemilik kelab.

Dan Boehly sudah merancang mahu membawa masuk Neymar ke Stamford Bridge selepas ini.

Ada beberapa nama lain lagi yang berada dalam radar Chelsea.

Ianya dibuat untuk memastikan Potter mendapatkan pemain terbaik bagi membentuk pasukan Chelsea yang kuat sekali lagi.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu