Transfermarkt Kena Block Dengan Cristiano Ronaldo Kerana Nilainya Cuma EUR75 Juta Je

Sebelum ini laman penganalisis nilai pasaran pemain, Transfermarkt, telah melaporkan bahawa nilai Cristiano Ronaldo telah susut. Dan pemain itu nampaknya tidak berpuas hati dengan Transfermarkt.

Terbaru laman tersebut cuba mengetag nama Ronaldo dalam post instagram terbaru mereka. Malang sekali mereka tidak dapat berbuat demikian kerana telah diblock oleh abang Do tanpa rasa ragu.

Transfermarkt meletakkan nilai semasa Ronaldo sekitar  EUR75 juta sahaja. Menjadikan beliau sebagai pemain ke-45 paling berharga di dunia. Di atas beliau ada nama sepeti Romelu Lukaku, Dele Alli. Manakala bintang PSG, Kylian Mbappe, menjadi pemain termahal dalam senarai dengan nilai EUR232 juta.

Pengesahan bahawa Ronaldo telah menyekat akaun Instagram laman web tersebut telah diluahkan oleh Transfermarkt dalam status mereka. Ronaldo mengepalai senarai kesebelasan terbaik pemain yang diuruskan oleh super agent – Jorge Mendes – yang turut menyenaraikan Angel Di Maria, Bernardo Silva, dan James Rodriguez.

Hargha paling tinggi dari kalangan pemain yang diuruskan oleh Mendes nilai berdasarkan penilaian Transfermarkt ialah Bernardo Silva dengan nilai EUR100 juta. Pemain sensasi Portugal itu kini beraksi bersama dengan Manchester City. Beliau adalah pemain yang kreatif dan menjadi peman penting City dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Transfermarkt menulis: “Hebatntya pasukan ni. Adakah Jorge Mendes ejen terbaik?” — Malangnya Ronaldo tidak gembira dan menggunakan kuasa jarinya untuk menyekat Transfermarkt. Post tersebut dimuat naik oleh Transfermarkt kira kira hampir setahun yang lalu. Malah James ketika itu masih bergelar pemain Real Madrid lagi.

Laman web dari Jerman itu ternyata kecewa dan mereka mengesahkan Ronaldo menghubungi pihak Transfermarkt untuk memberitahu bahawa beliau menyekat mereka kerana tidak berpuas hati dengan susut nilai yang diletakkan padanya.

Ronaldo pernah dinilai dengan harga EUR139 juta oleh Transfermarkt ketika kemuncak prestasinya di Real Madrid dengan nilai mencecah EUR120 juta keseluruhannya. Namun sejak berhijrah ke Juventus pada 2018, nilai pasaran beliau menurun. Memang ramai juga tak setuju dengan penilaian Transfermarkt kerana menurut mereka Ronaldo memberikan nilai besar kepada pasukan dari segi publisiti.

Lagipun Ronaldo masih lagi menjadi pemain utama dalam pasukan besar seperti Juventus. Cristiano Ronaldo masih berjuang bersama dengan Juventus untuk mengejar Inter Milan di puncak liga. Beliau ketika ini dalam prestasi yang cemerlang bersama Juventus sama seperti sebelum ini. Tidak ada tanda tanda Ronaldo akan memperlahankan rentak golnya.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi