Trump Pemimpin Dunia Pertama Di-‘ban’ Daripada Berfacebook Selama 14 Hari Oleh Zuckerberg

Donald Trump kini tidak dapat menggunakan Facebook dan Instagram. Hal ini kerana akses dia telah diblok oleh Mark Zuckerberg gara gara menggalakkan keganasa di bagunan Capitol.

Mark Zuckerberg mengumumkan keputusan itu pada petang 7 Januari menyatakan bahawa Trump disekat selama 14 hari. Dengan Joe Biden semakin hampir mengangkat sumpah sebagai Presiden AS yang baharu, Donald Trump tidak dapat berfacebook sehinggalah dia rasmi tidak menjadi presiden AS lagi.

Mark Zuckerberg berkata:

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah membenarkan Presiden Trump menggunakan platform kami sesuai dengan peraturan kami sendiri, kadang-kadang membuang kandungan atau melabelkan post yang melanggar dasar kami … tetapi konteks semasa sekarang secara asasnya berbeza, yang melibatkan penggunaan platform kami untuk menghasut pemberontakan ganas terhadap pemerintah yang dipilih secara demokratik.”

“Kami yakin risiko membiarkan Presiden terus menggunakan perkhidmatan kami dalam tempoh ini terlalu besar. Oleh itu, kami memperluaskan sekatan yang telah kami letakkan di akaun Facebook dan Instagramnya selama-lamanya dan sekurang-kurangnya dua minggu atau lebih sehingga peralihan kuasa secara damai selesai.”

Keputusan Facebook dipercayai sebagai kali pertama laman media sosial milik pemimpin dunia digantung. Zuckerberg sebelumnya menolak seruan agar Trump dilarang dari platform tersebut, dengan alasan bahawa tindakan itu akan menyebabkan tuduhan ‘penapisan’ / censorship.

Selain itu, Twitter menyekat semua interaksi dengan video yang diposkan ke akaun Trump, di mana dia memberitahu perusuh ganas ‘we love you’, dan terus menghapus dua siaran berikutnya sebelum mengumumkan bahawa mereka telah menyekatnya dari platform selama sekurang-kurangnya 12 jam kerana ‘pelanggaran berat terhadap dasar Integriti Sivik Twitter’.

Dalam video tersebut, Trump memberitahu penyokongnya:

“Saya tahu kesakitan anda. Saya tahu anda terluka, Kita ada pilihan raya yang dicuri dari kita. Itu adalah pilihan raya besar, dan semua orang mengetahuinya, terutama pihak lain.”

“Tetapi anda mesti pulang sekarang. Kita harus memelihara kedamaian.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di