Tuanzebe Yang Menunjukkan Ketuanannya Di Paris, Mbappe Kena ‘Lock’

Perlawanan di antara Man United dan PSG di kota Paris mungkin akan diingati sebagai perlawanan Marcus Rashford. Dengan gol kemenangan cantiknya.

Selain itu game ini juga menyaksikan Bruno Fernandes menjadi kapitan kepada Man United.

Tetapi tanpa Axel Tuanzebe, rasanya United mungkin tidak akan membawa pulang 3 mata.

Pemain muda itu menunjukkan aksi masterclassnya di pertahanan. Tuanzebe diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama menggantikan Harry Maguire.

Solskjaer pada awalnya bermain dengan bek berlima. Dan pada separuh masa kedua selepas gol sendiri Martial, United berubah kepada bek berempat.

Tuanzebe diarahkan mengawal Kylian Mbappe dalam perlawanan ini. Secara keseluruhannya gred A harus diberikan kepadanya.

Beliau membuatkan Mbappe beberapa kali terciduk.

Tuanzebe melakukan 7 clearances dalam perlawanan ini. Dan kesemuanya dari dalam kotak penalti.

Tiada pemain yang melakukan lebih banyak daripada beliau pada aksi UCL malam tadi.

Prestasi cemerlang Tuanzebe pastinya memberikan kelegaan kepada Solskjaer. Di mana harus diakui ketika ini Man United berdepan dengan krisis kecergasan dan krisis prestasi pemain bek tengah.

Cuma persoalannya yang harus dijawab Tuanzebe selepas ini, mampukah beliau mengekalkan prestasi seperti malam UCL di Paris?

Dalam aksi berdepan PSG, Tuanzebe bermain 90 minit penuh dalam dua sistem berbeza. Melakukan 7 clearances dan 1 bentesan.

Tak sekali pun beliau berjaya dilepasi terutama sekali Mbappe.

92% daripada hantarannya adalah tepat dan memenangi 3 daripada 5 duels beliau terlibat.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari