Tuchel Bakal Pengurus Baru Chelsea, 3 Pertimbangan Pemecatan Lampard Selepas ‘Shopping’ £220 Juta

Prestasi hambar Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris telah membuatkan Frank Lampard kehilangan jawatannya.

Catatan Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris musim ini jelas menggusarkan. Di mana Lampard kalah kesemua aksi berdepan top 8 pada hari perlawanan mereka tentang.

Leicester memberikan kekalahan keempat dalam lima perlawanan terakhir Liga Perdana Chelsea dan juga yang keenam secara keseluruhannya. Keputusan ini juga menjadikan mereka berada di tangga ke-8 dengan skor 29 mata.

Sebelum ini Chelsea sudah berikrar akan terus memberikan sokongan kepada Lampard. Malah sanggup memberikan dana untuk perpindahan pemain.

Namun semua itu bukan jaminan. Roy Keane menyatakan bahawa, satu perkara yang Lampard harus sedar, kesetiaan kepada pengurus sangat tipis di Chelsea pada era Roman Abramovich.

Dan ternyata Keano adalah benar. Lampard dipeecat atas keputusan sebulat suara pemilik dan lembaga pengarah Chelsea.

Dalam kenyataan rasminya Chelsea menyatakan bahawa Lampard tidak menunjukkan hala tuju yang jelas kepada kelab dan meletakkan kelab di pertengahan carta liga.

Lampard sudah berbelanja lebih GBP 220 juta untuk membeli pemain seperti di dunia FIFA Career Mode. Malah ada yang menyatakan lebih sukar bermain Football Manager berbanding yang dilakukan Lampard.

Tuchel calon utama

Beberapa calon mulai dikaitkan dengan Chelsea. Antaranya Andriy Schevchenko, Thomas Tuchel dan Ralf Ragnick.

Pengurus Ukraine berusia 44 tahun ini sebelum ini dikatakan menjadi calon utama. Hubungan baiknya dengan Roman Abramovich antara faktor yang membolehkan beliau tersenarai.

Namun James Olley mengesahkan bahawa Chelsea kini sedang berunding dengan Tuchel dan dijangka akan dilantik dalam masa terdekat.

Marina Granovskaia meletakkan nama Pochettino sebagai calon utama sebelum ini jika Lampard berterusan memberikan prestasi goyah. Namun Pochettino sudah sah menjadi pengurus PSG.

Maka Thomas Tuchel yang digantikan oleh Pochettino di PSG kini menjadi calon utama di Stamford Bridge.

Tuchel dikenali dengan gaya bola sepak menyerang. Dan Chelsea kini ada dua pemain Jerman yang kurang menyerlah selepas dibeli mahal iaitu Kai Havertz dan juga Timo Werner.

Tuchel mungkin calon terbaik untuk membangkitkan mereka untuk membentuk DNA bola sepak moden. Pada masa yang sama Tuchel sudah menegaskan beliau akan terus mencari pekerjaan baharu dan tidak mahu berehat sebaik sahaja dipecat PSG.

Chelsea dilaporkan mahu segera melantik pengurus tetap dalam pasukan mereka. Ini kerana Chelsea mahu memastikan kelab berjaya menamatkan saingan sekurang kurangnya di empat teratas.

3 pertimbangan Chelsea memecat Lampard

Beberapa minggu lalu The Athletic melaporkan ada 3 pertimbangan utama yang membawa kepada perbincangan tersebut.

Pertamanya, pengurusan tertinggi kini menyenaraikan beberapa nama yang berpotensi menggantikan Frank Lampard di Stamford Bridge sebagai pengurus Chelsea.

Keduanya adalah, persoalan tentang prestasi Kai Havertz dan Timo Werner, dua marquee signing yang masih bergelut dengan prestasi di bawah bimbingan Frank Lampard.

Havertz dan Werner menjadi antara pemain yang cemerlang di Eropah dalam beberapa musim sebelum ini ketika di kelab lama mereka.

Havertz merupakan rekod pembelian termahal dalam sejarah Chelsea dengan rekod  £71 juta.

Manakala Timo Werner dibeli dengan nilai sekitar  £41 juta. Namun Chelsea tidak melihat peningkatan ataupun impak signifikan pada pemain pemain mega bintang itu.

Dan ketiga, dikatakan sudah ada pemain yang tidak berpuas hati dengan Lampard. Ini bukan perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini beberapa pengurus Chelsea hilang jawatan kerana tidak harmorni dengan pemain.

Roman Abramovich dikenali dengan polisi yang tidak teragak agak memecat pengurus yang tidak sehaluan dengan pemain.

Frank Lampard sudah membelanjakan lebih £220 juta sejak menjadi pengurus Chelsea. Di sebalik sokongan yang kuat dari segi kewangan, Chelsea masih sukar mendapat rentak di atas padang.

Baca yang lain