Tuchel Kepada Wartawan: “Statistik 7 Sentuhan Lukaku Tak Kelakar! Jangan Ketawa”

Romelu Lukaku menjadi perhatian media. Di mana pemain termahal dalam sejarah Chelsea itu dianggap mencatat statistik yang menggelikan hati.

Namun Thomas Tuchel melarangnya wartawan ketawa selepas Lukaku melakukan catatan statistik buruk hanya 7 sentuhan ketika berdepan dengan Crystal Palace baru baru ini.

Thomas Tuchel ternyata tidak gembira dengan statistik tersebut. Dan menganggap ianya bukan kelakar. Tuchel masih mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan Lukaku dan melindungi pemain itu, seagi lagi dia pemain Chelsea.

Tuchel berkata: “Ini bukan apa yang kami atau Romelu mahukan. Dan pada masa yang sama, ini bukan masa untuk ketawa atau buat kelakar tentang dia. Dia sekarang ini menjadi perhatian dan kami harus melindunginya.”

Tuchel memberikan jaminan bahawa Romelu Lukaku masih menjadi pemain utama dalam pasukan dan memainkan peranan penting dalam perancangannya musim ini.

Ditanya, apakah yang pasukan akan lakukan agar Lukaku dapat menyentuh bola lebih banyak. Tuchel berkata: “Apa yang boleh saya buat? Saya tak tahu. Kita kena hadapi masalah ini.”

“Data sudah dikeluarkan dan data itu bercakap dalam bahasa yang berbeza. Dia tidak terlibat dalam perlawanan kami, dan benda macam ni memang kadangkala berlaku kepada penyerang penyerang. Jika mereka bergelut sedikit dengan keyakinan diri, untuk mencari ruang dan terlibat dalam proses bertahan, ianya boleh jadi seperti ini.”

Lukaku Catat Statistik Paling Buruk, Cuma 7 Kali Sentuh Bola Dan 0 Shot

Romelu Lukaku sekali lagi jadi bot dalam aksi antara Chelsea dengan Crystal Palace.

Paling mengecewakan Lukaku cuma melakukan 2 sentuhan sahaja pada separuh masa pertama. Salah satu daripada sentuhan itu adalah sepak mula yang dimulakannya.

Prestasi Lukaku benar benar mengecewakan ramai peminat Chelsea yang mengharapkan pemain itu meledak sesuka hatinya seperti di Inter Milan sebelum ini.

Romelu Lukaku hanya melakukan tujuh sentuhan secara keseluruhannya – salah satunya adalah dari sepak mula pada separuh masa pertama – ketika Chelsea meraih kemenangan lewat di Crystal Palace.

Ia adalah sentuhan paling sedikit dalam satu perlawanan Liga Perdana untuk pemain yang telah bermain selama 90 minit penuh sejak data opta tersedia pada 2003/04.

Satu lagi aksi suram pemain termahal dalam sejarah Chelsea itu. Di mana Chelsea membelinya dengan nilai £97.5 juta. Lukaku sebelum ini beraksi cemerlang dalam Piala Dunia Kelab diharap akan mendapat motivasi yang sama di hadapan gol. Namun sayangnya, Lukaku terus melukakan hati.

Lukaku kini hanya menjaringkan satu gol dalam lapan perlawanan terakhirnya di dalam negara. Apa sudah jadi? Sedangkan Lukaku memulakan kariernya bersama Chelsea untuk kali kedua dengan sangat baik awalmmusim ini.

Ia adalah persembahan Chelsea yang lesu di hadapan gol. Namun Thomas Tuchel masih mempertahankan Lukaku. Dan berkata mereka keletihan – yang menyebabkan Lukaku kekurangan tenaga di atas padang.

Lukaku terlibat sangat sedikit di mana-mana kawasan di atas padang. Dia gagal mencatatkan satu percubaan sekalipun, tidak memenangi satu pun daripada empat pertarungan duel dan kehilangan bola dua daripada enam kali dia menguasai bola.

Pada Jumaat, sebelum sepak mula, Tuchel meminta semua pihak bersabar  dan memberikan masa berhubung prestasi Lukaku di Chelsea.

Chelsea berhempas pulas untuk menang ke atas Palace. Dengan gol lewat oleh Hakim Ziyech membolehkan Chelsea terus mengekori Liverpool dan Manchester City.

Chelsea pastinya akan menjadi lebih baik jika mereka memiliki no.9 yang benar benar prolifik. Itulah sebabnya Lukaku dibawa masuk selepas Werner bergelut bersama Chelsea musim lalu.

Tuchel menafikan prestasi lesu Lukaku adalah kerana sistemnya.

Adakah Lukaku akan berjaya bangkit selepas ini? Beliau seharusnya!

Chelsea malah sudah dikaitkan dengan beberapa pemain penyerang untuk dibawa masuk pada musim hadapan. Sekiranya Lukaku terus gagal meyakinkan mereka dengan persembahannya di atas padang.

 

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari